Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

SawitSecure untuk industri Kelapa sawit Malaysia

Aplikasi SawitSecure ini menyediakan prosedur untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya patogen asing dan perosak yang wujud di Malaysia serta meminimumkan kesan pencerobohan perosak.

  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

Lembaran fakta dan panduan bergambar

Metamasius hemipterus

Kumbang Tebu India Barat

General Information

Metamasius hemipterus secara amnya ialah perosak sekunder yang tertarik kepada kecacatan (cth. kerosakan disebabkan tikus, pemangkasan) atau pokok perumah yang tidak sihat. Palma yang cedera atau yang mengalami tegangan menghasilkan kairomon yang menjadi tarikan kepada vektor kumbang. Kumbang betina beroviposit kira-kira 500 biji telur dalam retakan atau kawasan perumah yang rosak atau dalam tangkai daun atau daun manggar sesetengah spesies palma yang sihat yang tertentu. Selepas telur menetas, larva menggali bahagian bawah batang dan rizom yang mana ia merosakkan batang yang telah matang. Perumah biasanya sudah rosak apabila kumbang bertelur; namun apabila larva mengorek galeri maka kerosakan bertambah. Kecederaan oviposisi dan galeri larva menyediakan akses seterusnya kepada jangkitan kulat/pencerobohan perosak. Palma yang telah diserang oleh M. hemipterus selalunya menghasilkan eksudat lekitan berwarna jingga di tempat luka akibat oviposisi. Terdapat juga kumuhan (iaitu tisu tumbuhan yang dikunyah) yang membonjol dari tingkap galeri larva pada pangkal pelepah.

M. hemipterus ialah vektor berpotensi untuk nematod penyakit cincin merah, Rhadinaphelenchus cocophilus. Palma yang dijangkiti nematod cincin merah biasanya mati dalam masa beberapa bulan (2-4 bulan). Kerugian sehingga 10%-15% ditanggung oleh ladang yang diserang penyakit setiap tahun. Kerugian paling besar berlaku pada penghujung musim hujan dan pada 2 atau 3 bulan pertama musim kemarau. Rupa gejala jangkitan adalah cecincin sepusar merah yang terdapat meluas pada seluruh batang. Gejala lain yang boleh dilihat termasuklah penurunan dalam penghasilan buah, keguguran buah pramatang, kekuningan dan penuaan pelepah, serta ‘sindrom daun kecil’ iaitu pertumbuhan pelepah terbantut. Jalur merah mungkin muncul pada tangkai daun dan akar bertukar daripada oren menjadi merah pudar serta menjadi kering dan mengelupas. Tiada rawatan yang diketahui untuk penyakit cincin merah.

Kumbang memakan nematod semasa ia masih dalam fasa larva. Kumbang betina dewasa meletakkan nematod semasa oviposisi. Nematod juga boleh dibawa pada badan kumbang dan memasuki perumah melalui bahagian sawit yang cedera. Sebaik sahaja berada di dalam, nematod menghuni batang pokok kelapa sawit, tangkai daun dan kadangkala pada akar, mula memakan dan membiak di dalam tisu pokok palma. Pokok yang dijangkiti mulai layu dan akhirnya mati. Kitaran ini berulang apabila larva kumbang dan pupa wujud bersama-sama dengan nematod di dalam perumah, merebak sebaik sahaja kumbang dewasa membuat terowong melalui perumah yang hampir mati dan tersebar ke pokok yang sihat.

M. hemipterus juga menyerang Saccharum spp., Musa spp. (pisang), nanas, palma hiasan yang mempunyai pangkal pelepah yang lembut atau berisi (cth. Phoenix canariensis dan Ravenea rivullaris) dan kadangkala Cocos nucifera. Pada kelapa, M. hemipterus juga telah terlibat dalam pemindahan kulat yang menyebabkan penyakit gigitan daun (leaf- bitten disease.

Taburan

Florida, Caribbean, Mexico, Amerika Tengah dan Selatan, Afrika (Cameroon, Congo, Guinea Khatulistiwa, Gabon, dan Nigeria).

Pengesanan dan Pemeriksaan

KUMBANG DEWASA

Berukuran 9-14 mm panjang. Warna berubah-ubah, daripada hitam sepenuhnya, kepada hitam dengan lingkaran pangkal merah pada tahap yang berbeza-beza pada elitra, atau elitra berbelang merah dan hitam membujur; pronotum dan badan hitam atau pelbagai kombinasi merah dan hitam; femora merah, merah dengan jalur hitam atau merah dengan lingkaran hitam atau coreng. Jangka hayat M. hemipterus ialah 63 hari. Kumbang betina mampu menghasilkan 52 biji telur secara purata, 27 hari selepas mengawan. Di kawasan beriklim sederhana, satu generasi muncul setiap tahun, manakala di kawasan beriklim panas dan lembap, dua generasi setahun mungkin akan muncul. M. hemipterus terbang laju dan boleh tersebar ke ladang dengan cepat.

PUPA

Memanjang, langsing dan mengecut di bahagian anterior dan posterior serta panjangnya lebih kurang 14.5 mm. Kokun berwarna perang kemerahan dan diperbuat daripada gentian tumbuhan.

LARVA

Berwarna putih, bersaiz antara 3.2 hingga 4.5 mm lebar dan 15 hingga 17 mm panjang. Abdomin sklerit dan toraks berwarna kuning manakala kepala berwarna perang dengan jalur yang lebih pucat pada bahagian dorsal.

TELUR

Berwarna krim kekuningan, kira-kira 1.7 mm panjang, bujur telur dan separuh lutsinar.

Kawalan dan Pencegahan 

FITOSANITARI
Bahan germplasma (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Pengarah Pertanian Sabah, dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga sebelum memasuki Malaysia. Tumbuhan perumah alternatif yang diimport seperti Saccharum officinarum, Cocos nucifera, Phoenix canariensis dan Ravenea rivullaris dari kawasan yang dijangkiti perlulah dirujuk dengan DOA.

KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITARI

Kaedah kawalan yang digunakan secara meluas adalah dengan memerangkap kumbang dewasa menggunakan perangkap. Potong perangkap buluh dengan bahagian-bahagiannya diisi dengan hampas tebu dan tebu yang ditapai juga boleh digunakan. Kumbang yang terperangkap akan dikumpulkan pada setiap 48 jam dan dimusnahkan.

 

Bacaan lanjut

  1. CABI Plantwise (2015). West Indian cane weevil (Metamasius hemipterus). Url: http://www.plantwise. org/ KnowledgeBank/Datasheet.aspx?dsid=33576.
  2. Giblin-Davis, R (undated). Biology and management of palm weevils. University of Florida/IFAS. Fort Lauderdale Research and Education Centre.
  3. Giblin-Davis, R M; Pena, J E; Oehlschlager, A C and Perez, A L (1996). Optimisation of semiochemical-based trapping of Metamasius hemipterus sericeus. J. Chem. Ecol. 22(8): 1389-1410.
  4. Howard, F W; Moore, D; Giblin-Davis, R M and Abad, R G (2001). Insects on Palms. CABI Publishing: UK. 400 pp.
  5. Molet, T (2013c). CPHST Pest Datasheet for Metamasius hemipterus. USDA-APHIS- PPQ-CPHST.

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

Emel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Visitors

SawitSecure

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Hubungi Kami

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor

Emel : sawitsecure@mpob.gov.my
Tel : 603-8769 4400
Faks : 603-8925 9446

SawitSecure © 2023. Hak cipta terpelihara.

Berdasarkan daripada penerbitan ini, tiada bahagian boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Home

Perosak Eksotik

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu