Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Laman Utama
  • Perosak Eksotik
  • Penyakit Ganoderma
  • Penyakit Berpotensi
  • Perosak
  • Rujukan
  • Lapor
Menu
  • Laman Utama
  • Perosak Eksotik
  • Penyakit Ganoderma
  • Penyakit Berpotensi
  • Perosak
  • Rujukan
  • Lapor

Selamat Datang ke SawitSecure 2.0

Perosak Sawit

Tanaman sawit di Malaysia masih terdedah kepada ancaman pelbagai jenis serangga perosak utama.

  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
Facebook Twitter Instagram Youtube

Perosak Sawit

  • Serangga perosak
  • Mamalia
  • Buku/SOP
  • Perosak
Menu
  • Serangga perosak
  • Mamalia
  • Buku/SOP
  • Perosak

Ulat Bungkus

Ekologi

Ulat Bungkus

Kitaran hidup lengkap Metisa plana adalah kira-kira tiga bulan, manakala kitaran hidup Pteroma pendula dan Mahasena corbetti masing-masing adalah kira-kira 40 hari dan empat bulan.

Pteroma pendula
Metisa plana
Mahasena corbetti

Ulat Beluncas

Ulat beluncas, Darna spp. boleh membesar sehingga 1-2 cm panjang dan Setora nitens boleh membesar sehingga 3-4 cm panjang. Ulat dewasa berupa kupu-kupu kecil, berbulu dan kedua-dua jantan dan betina mempunyai sayap. Darna spp. tidak makan sehingga instar kedua. Serangga betina mempunyai potensi kesuburan yang tinggi, mampu bertelur dengan purata 479 biji, dengan kadar penetasan sebanyak 55%. Serangga dewasa hidup selama kira-kira 10 atau 11 hari.

Darna trima (gambar oleh Ho CT)
Setora nitens
Darna diducta (gambar oleh Ho CT)
Setothosea asigna (gambar oleh Ho CT)

Punca Serangan

Penggunaan pelbagai spektrum racun serangga sintetik seperti cypermethrin, tiada bancian dan rawatan yang betul.


Simptom

Ulat Bungkus

Kerosakan daun sebanyak 10-13% akibat serangan ulat bungkus boleh menyebabkan penurunan hasil sawit sehingga 33-40%.

Ulat Beluncas

Kerosakan yang diakibatkan oleh ulat beluncas adalah lebih serius berbanding ulat bungkus kerana tabiat makan yang rakus yang akhirnya keseluruhan daun habis dimakan dan meninggalkan pelepah.


Kawalan

Kawalan biologi

Ulat Bungkus

Kawalan biologi adalah salah satu komponen pengurusan perosak bersepadu (IPM) dalam mengawal ulat bungkus. Kawalan biologi bersepadu terdiri daripada musuh semula jadi, tanaman bermanfaat, dan biopestisid berasaskan mikrob.

Ulat Beluncas

Banyak musuh semula jadi yang dapat mengawal perosak ini. Biopestisid seperti Cordyceps sebagai patogen kulat juga boleh digunakan untuk mengawal. Pupa yang dijangkiti menghasilkan kandul spora pada kepompong mereka.

Kawalan kimia

Ulat Bungkus

Suntikan batang menggunakan methamidophos, monocrotophos atau Acephate dibenarkan tetapi perlukan kelulusan daripada Jabatan Pertanian (DOA). Sebarang penggunaan racun perosak kimia pelbagai spektrum seperti cypermethrin perlu diminimumkan bagi mengelakkan kesan buruk kepada serangga yang bermanfaat.

Ulat Beluncas

Ulat beluncas boleh dikawal dengan bahan kimia seperti monocrotophos, methamidophos, cypermethrin dan Acephate. Monocrotophos digunakan melalui suntikan batang serta  berkesan mengawal S. nitens dan S. asigna.

Kembali ke atas

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

E-mel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Home

Perosak

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu