Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

SawitSecure untuk industri Kelapa sawit Malaysia

Aplikasi SawitSecure ini menyediakan prosedur untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya patogen asing dan perosak yang wujud di Malaysia serta meminimumkan kesan pencerobohan perosak.

  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

Lembaran fakta dan panduan bergambar

Darna catenatus

Ulat bulu/ beluncas, Ulat palu, limacodid kelapa

Maklumat Am

Larva atau beluncas Darna catenatus menyebabkan peluruhan teruk pada daun kelapa sawit. Ulat beluncas ini biasanya memakan bahagian bawah daun. Ulat beluncas muda sering mencabik permukaan daun semasa makan, manakala ulat beluncas yang lebih tua memakan seluruh daun, hanya meninggalkan pelepah. Seluruh bahagian umbut pokok kelapa sawit mungkin meluruh semasa wabak yang teruk. Peluruhan yang teruk terutamanya pada daun muda boleh menjejaskan hasil tandan buah segar (FFB). Wabak biasanya berlaku pada kumpulan kecil pokok kelapa sawit atau pada pokok yang terasing. Kerosakan disebabkan oleh tabiat makan diserlahkan oleh pencerobohan Pestalotiopsis palmarum. Serangan yang besar pada pokok kelapa boleh mengakibatkan keguguran buah dan ia mengambil masa 1.5-2 tahun untuk pulih.

Gejala pertama bintik daun Pestalotiopsis adalah perkembangan bintik perang kecil dengan gelanggang kekuningan. Apabila penyakit itu berkembang, bintik-bintik bergabung menjadi nekrotik keperangan yang merebak ke seluruh daun. Daun akhirnya menjadi kelabu dan rapuh. Keadaan ini boleh berlaku pada mana-mana peringkat pokok kelapa sawit, tetapi secara amnya berlaku lebih teruk di ladang bagi tanaman yang berusia lima tahun ke atas dan menyebabkan penghasilan berkurang dengan lebih banyak (sehingga 36% disebabkan penurunan kapasiti fotosintesis dedaun). Penghasilan tandan berkurangan sebanyak 18 hingga 20 t/ha, dan penyusutan tanaman sehingga 40% akibat penyakit ini telah direkodkan. Semasa musim kering, D. catenatus merupakan perosak yang sangat serius. Walaupun pokok kelapa merupakan tumbuhan perumah utama, wabak juga telah didapati berlaku di ladang sagu dan pokok kelapa sawit. Selain kerosakan pokok kelapa sawit, D. catenatus juga menimbulkan risiko kesihatan kepada kawasan yang dijangkiti. Ulat beluncas ini mempunyai duri sengat yang boleh menyebabkan kecederaan yang menyakitkan pekerja ladang dan di tapak semaian serta kerengsaan (atau alahan kepada individu yang sensitif).

catenatus merosak dengan serius semasa musim kering. Walaupun pokok kelapa merupakan tumbuhan perumah utama, wabak juga telah didapati berlaku di ladang sagu dan kelapa sawit.

Selain kerosakan sawit, D. catenatus juga menimbulkan risiko kesihatan kepada kawasan yang dijangkiti. Ulat beluncas ini mempunyai duri sengatan yang boleh menyebabkan kecederaan yang menyakitkan kepada pekerja ladang dan di tapak semaian, dan kerengsaan (atau alahan kepada individu yang sensitif).

Taburan

Indonesia (Irian Jaya, Sulawesi); India (Andhra Pradesh).

Pengesanan dan pemeriksaaan

RAMA-RAMA DEWASA
Berukuran sehingga 12 mm. Sayap depan berwarna perang kekuningan pucat, seragam selain daripada jalur biasa yang sedikit gelap dan samar-samar bintik disket/piring; sayap belakang berwarna kelabu-perang gelap.

KEPOMPONG
Berbentuk bujur, hampir sfera, berwarna perang muda dan tinggal dalam jalinan sutera longgar berwarna pucat. Ia berukuran 7-7.5 x 5.0 mm dan terbentuk di dalam umbut pokok kelapa sawit atau pada bahagian bawah permukaan dedaun.

LARVA
Larva muda: Dua instar pertama berwarna hijau. Larva pertengahan: Garis dorsal gelap dengan kilauan kebiruan atau ungu dan garisan tengah yang lebih pucat. Ia kelihatan sempit pada bahagian tengah. Larva matang: Berukuran sehingga 14.5 mm panjang. Berbentuk bujur, hanya protoraks berwarna kehijauan. Warna putih dengan jalur hitam yang lebih ketara pada larva muda. Terdapat barisan duri bersaiz kecil dan seragam.

TELUR
Sangat kecil. Ditelurkan satu persatu atau berpasangan pada permukaan bawah dedaun, terutamanya pada bahagian hujung daun. Betina bertelur sehingga 300 biji telur.

Pencegahan dan Kawalan

FITOSANITARI

Telur dan larva muda sukar dikesan melalui pemeriksaan visual. Hanya larva matang yang lebih besar atau rama-rama dewasa berkemungkinan dapat dikesan. Kepompong mungkin mencemarkan timbunan benih. Oleh itu, pastikan sumber germplasma merupakan kawasan yang bebas daripada perosak. Sanitasi yang betul bermula daripada sumber hingga kepada penghantaran adalah penting. Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Pengarah Pertanian Sabah, dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa daripada negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diberi kelulusan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga sebelum memasuki Malaysia. Bahagian tumbuhan perumah alternatif iaitu Antidesma spp., Cocos nucifera dan Salacca zalacca yang diimport dari kawasan yang dijangkiti perlu dirujuk dengan DOA.

KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITARI

Menjalankan sistem pengawasan biasa untuk mengesan peningkatan populasi dan memusnahkan kawasan yang diserang. Ladang perlu diperiksa secara berkala setiap 2 bulan: pelepah dimusnahkan serta-merta apabila larva dikesan.

Bacaan lanjut

  1. Brill, E J (1969). Use of Pesticides and Control of Economic Pests and Diseases in Indonesia. Leiden: The Netherlands. p. 50-51.
  2. CABI CPC (2015). Datasheet on Darna catenatus. URL: www.cabi.org/cpc/
  3. Corley, R H V and Tinker, P B (2003). The Oil Palm 4th ed. Blackwell Science Ltd: USA. p. 433-434.
  4. Cock, M J W; Godfray, H C J and Holloway, J D (1987). Slug and nettle caterpillars: The biology, taxonomy and control of the Limacodidae of economic importance on palms in South-east Asia. CAB International: UK. p. 98- 99.
  5. Davis, T A and Sudasrip, H (1982). Causes for the defoliation of coconuts in Indonesia. Indonesian Agric. Res. Dev. J. 4: 8-29.
  6. Kalidas, P and Saravanan, L (2013). Natural enemies of oil palm defoliators and their impact on pest population. Pest Manag. Hortic. Ecosyst 19(2): 179-184.
  7. Ponto, S A S and Mo, T T (1950). The control of Darna catenatus (Sn.) on coconut trees in the Palu valley, Central Celebes. Landbouw, 22: 69-81.

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

Emel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Visitors

SawitSecure

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Hubungi Kami

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor

Emel : sawitsecure@mpob.gov.my
Tel : 603-8769 4400
Faks : 603-8925 9446

SawitSecure © 2023. Hak cipta terpelihara.

Berdasarkan daripada penerbitan ini, tiada bahagian boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Home

Perosak Eksotik

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu