Gejala dan biologi
Lazimnya berlaku pada anak benih yang berumur lebih daripada 3 tahun terutamanya pada daun yang lebih tua. Gejala berbeza-beza bergantung kepada patogen penyebab yang mengakibatkan terjadi bintik perang kuning bulat yang besar atau memanjang yang kemudiannya boleh menyebabkan nekrosis pada daun. Cara penyebaran melalui spora, yang tersebar dengan cepat melalui hujan dan penyiraman anak benih yang berlebihan. Anak benih selepas tiga bulan pemindahan adalah yang paling berisiko tinggi, terutamanya disebabkan oleh 1. Kesesakan, 2. Penyiraman yang berlebihan dan 3. Terlalu teduh. Jangkitan antraknos mampu memusnahkan keseluruhan tapak semaian jika dibiarkan tanpa kawalan. Kejadian 5-20% adalah biasa disebabkan oleh gangguan pemindahan.
Penyebab
Antraknos disebabkan oleh tiga jenis kulat yang berbeza-beza iaitu Botryodiplodia palmarum, Melanconium spp. dan Glomerella cingulata.
Botryodiplodia palmarum – Gejala awal ditunjukkan oleh bintik-bintik lut cahaya kecil pada daun. Bintik-bintik membesar dan bertukar menjadi perang gelap diikuti oleh halo perang pucat di sekelilingnya. Kawasan tengah bintik mengandungi struktur menghasilkan spora.
Melanconium – Menjangkiti daun dengan gejala yang sama seperti Botryodiplodia spp. Bermula dengan penampilan bintik hialin kecil, kemudian menjadi perang muda, seperti rupa rendaman air. Kemudian di bahagian tepi sekitar kawasan yang dijangkiti berwarna kuning pucat.
Glomerella cingulata – Gejala oleh Glomerella agak berbeza. Bintik-bintik berkembang di antara urat, kemudian berkembang menjadi jalur memanjang, disempadani oleh gelanggang kuning pucat.
Kawalan dan Pengurusan Penyakit
Pastikan kejadian penyakit di tahap rendah dengan mengekalkan nutrien yang seimbang di dalam tanah, bekalan air dan teduhan yang mencukupi, minimumkan kerosakan dan gangguan semasa pemindahan ke tapak semaian, elakkan anak benih terlalu sesak, elakkan menggunakan gambut sebagai medium, buang anak benih yang dijangkiti dengan segera. Kawal pada peringkat awal jangkitan dengan menyembur racun kulat seperti 0.2% Thiram (80% a.i) atau 0.5% kaptan (50% a.i), seperti berikut:
- Sembur hanya apabila daun kering
- Sembur dengan adjuvanuntuk mengelakkan daripada dihanyut oleh hujan.
- Sembur setiap minggu atau setiap 10 hari sehingga semua gejala hilang.