Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

SawitSecure untuk industri Kelapa sawit Malaysia

Aplikasi SawitSecure ini menyediakan prosedur untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya patogen asing dan perosak yang wujud di Malaysia serta meminimumkan kesan pencerobohan perosak.

  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

Lembaran Fakta dan Panduan Bergambar

Phytophthora palmivora

Reput Umbut

Maklumat Am

Reput umbut yang disebabkan oleh Phytophthora palmivora, adalah salah satu penyakit utama bagi kelapa sawit di Amerika Latin. Penyakit ini menjejaskan hasil tandan buah segar (FFB) dan kualiti ekstrak minyak sawit mentah. Di Colombia, penyakit ini telah menjejaskan lebih daripada (a) 30 000 ha di barat daya Colombia dan (b) 10 000 ha di zon tengah. Jangkitan ini menjejaskan kelapa sawit daripada semua peringkat: tapak semaian sehingga akhir kitaran hidup. Pokok kelapa sawit muda lebih mudah terdedah kepada penyakit ini.

Reput umbut tidak membawa maut kepada kelapa sawit dalam kebanyakan kes, tetapi pokok kelapa sawit yang terjejas mungkin memerlukan masa sehingga tiga tahun untuk pulih. Semasa tempoh pemulihan, pengeluaran buah merosot dengan ketara. Jangkitan bermula dengan penguningan daun muda yang berlaku pada musim hujan dan kelembapan relatif yang tinggi. Tisu daun yang terjejas menjadi nekrotik dan mati apabila penyakit itu berlanjutan. Penyakit ini menjadi serius apabila patogen kulat menjangkiti hujung meristem pokok kelapa sawit. Pokok kelapa sawit mampu pulih jika jangkitan hanya berlaku pada permukaan. Penyakit ini menyebabkan kematian pokok membawa maut apabila tisu meristem yang lebih dalam dijangkiti; malah langkah kawalan yang drastik seperti pemangkasan sebahagian besar daun dan buah tidak akan dapat menyelamatkan sawit. Bagi anak benih, daun bilah menjadi pucat dan mudah tertanggal walaupun ditarik dengan lembut.

palmivora sudah ada di Malaysia dan menjejaskan tumbuhan lain cth. koko, durian, lada, getah, kelapa, pinang dan betik. Namun, kejadian penyakit pada kelapa sawit masih belum direkodkan di negara ini.

Taburan

Kawasan tropika dan subtropika AS; Amerika Latin; Asia Tenggara; Afrika; Eropah; Oceania; India.

Pengesanan dan Pemeriksaan

Pengasingan terus daripada tisu tumbuhan yang dijangkiti adalah kaedah diagnostik yang paling praktikal dan berkesan. P. palmivora boleh dikesan melalui pengkulturan di makmal.

Sporangia mungkin berlaku pada buah, lenggai dan daun serta boleh diletakkan terus pada slaid dan dilihat melalui mikroskop optik. Cara ini mampu mengesahkan sehingga peringkat genus. Pengkulturan diperlukan bagi pengecaman peringkat spesies.

PCR masa nyata dan pemeriksaan suar molekul juga boleh digunakan untuk pengesanan awal tisu yang dijangkiti. Pencetus A2/I2 (khusus untuk genus Phytophthora) digunakan untuk amplifikasikan fragmen bersaiz 788-bp yang terletak di kawasan jujukan internal transcribed spacer (ITS). Produk PCR kemudiannya dicerna dengan enzim sekatan MspI, RsaI, dan TaqI, untuk menghasilkan selitan khusus bagi spesies P. palmivora.

Kawalan dan Pencegahan

FITOSANITARI

Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Jabatan Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Jabatan Pengarah Pertanian Sabah dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga dan didiagnosis molekul sebelum memasuki Malaysia. P. palmivora ialah patogen bawaan tanah. Pengimportan bahan pasu/tanah dari negara berisiko tinggi perlu dirujuk dengan DOA.

KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITARI

Mewujudkan saliran yang mencukupi dan seimbangkan kesuburan tanah. Di kawasan yang Phytophthora belum direkodkan, proses penyisihan adalah penting – menghalang haiwan dengan memagar kawasan, mengehadkan pergerakan kenderaan dan manusia masuk ke ladang, membuang tanah daripada kenderaan, kasut but dan alatan sebelum dibawa masuk ke ladang, hanya tanam sawit/tanaman lain yang bebas penyakit dan alihkan larian air dari ladang bersebelahan yang diketahui terdapat penyakit reput putik. Di tapak semaian, bahan kebun perlu distim untuk membunuh inokulum Phytophthora.

Bacaan lanjut

  1. Acosta, A and Munevar, F (2003). Bud rot in oil palm plantations: Link to Soil Physical Properties and Nutrient Status. Better Crops Int. 17(2): 22-25.
  2. Álvarez, E; Marroquin-Guzman, M; Mejia, J F and Pardo, M (2010). Early detection of Phytophthora palmivora in oil palm, using real-time polymerase chain reaction (QPCR) and molecular beacon probes. Plant Pathology Program, Tropical Fruit Project, International Center for Tropical Agriculture (CIAT), Cali, Valle del Cauca, Colombia. Phytopathology, 101: S253.
  3. CABI CPC (2014). Phytophthora palmivora (coconut budrot). URL: http://www.cabi.org/cpc/
  4. Drenth, A and Guest, D I (2004). Principles of Phytophthora Disease Management. In Diversity and Management of Phytophthora in Southeast Asia. ACIAR Monograph 114.
  5. Elliott, M L (2015). Bud Rot of Palm. IFAS Extension. URL: https://edis.ifas.ufl.edu/pdffiles/PP/PP14400.pdf
  6. Kueh, T K and Khew, K L (1982). Survival of Phytophthora palmivora in soil and after passing through alimentary canals of snails. Plant Dis. 66: 897-899.
  7. Paterson, R R M; Sariah, M and Lima, N (2013). How will climate change affect oil palm fungal diseases? Crop Protection, 46: 113-120.
  8. Q-Bank Fungi (2015). Phytophthora palmivora. URL: http://www.q-bank.eu/Fungi/BioloMICS. aspx? Table=Phytophthora%20species%20 ONLINE&Rec=592&Fields=All.
  9. TNAU (2015). Pest and Disease Management. URL: http://agritech.tnau.ac.in/expert_system/coconut/ coconut/ coconut_pest%20and_diseases.html#bud_ rot.
  10. Torres, G A; Sarria, G A; Varon, F; Coffey, M D; Elliott, M L and Martinez, G (2010). First report of bud rot caused by Phytophthora palmivora on African oil palm in Colombia. Plant Dis. 94(9): 1163.

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

Emel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Visitors

SawitSecure

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Hubungi Kami

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor

Emel : sawitsecure@mpob.gov.my
Tel : 603-8769 4400
Faks : 603-8925 9446

SawitSecure © 2023. Hak cipta terpelihara.

Berdasarkan daripada penerbitan ini, tiada bahagian boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Home

Perosak Eksotik

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu