Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

SawitSecure untuk industri Kelapa sawit Malaysia

Aplikasi SawitSecure ini menyediakan prosedur untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya patogen asing dan perosak yang wujud di Malaysia serta meminimumkan kesan pencerobohan perosak.

  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

Lembaran fakta dan panduan bergambar

Rhadinaphelenchus cocophilus (=Bursaphelenchus cocophilus)

Nematod Penyakit Cincin Merah

Maklumat Am

Rhadinaphelenchus cocophilus ialah perosak sawit yang serius, yang menyebabkan kerugian tahunan sehingga 10%-15%. Kerugian paling besar berlaku pada penghujung musim hujan dan pada 2 atau 3 bulan pertama pada musim kemarau. Pokok kelapa sawit yang dijangkiti biasanya mati dalam tempoh beberapa bulan. Tiada rawatan yang dikenal pasti untuk penyakit ini.

R. cocophilus ialah nematod parasit tumbuhan. Ia divektorkan oleh Rhynchophorus palmarum L. (American Palm Weevil). Kumbang memakan nematod semasa ia masih dalam fasa larva. Sebanyak 10 000 R. cocophilus muda dimakan oleh seekor kumbang. Kumbang betina dewasa meletakkan nematod semasa oviposisi, biasanya di aksil atau ruas daun. Nematod juga boleh dibawa pada badan kumbang dan memasuki perumah melalui bahagian yang dijangkiti. Sebaik sahaja berada di dalam, nematod menghuni batang pokok kelapa sawit, tangkai daun dan kadang-kadang pada akar, mula memakan dan membiak di dalam tisu sawit. Pokok kelapa sawit yang sakit mulai layu dan akhirnya mati. Kitaran ini berulang apabila larva kumbang dan pupa wujud bersama-sama dengan nematod di dalam perumah dan merebak sebaik sahaja kumbang dewasa membuat lubang melalui perumah yang mati dan tersebar kepada pokok kelapa sawit yang sihat. Vektor serangga lain yang mampu menghantar nematod daripada perumah yang dijangkiti kepada pokok kelapa sawit yang sihat ialah i) Dynamis borassi (kumbang sawit); dan ii) Metamasius hemipterus (kumbang tebu). Kumbang mengikuti bau kairomon untuk mencari perumah pokok kelapa sawit yang berpotensi. Kairomon dilepaskan melalui bahagian pokok yang dijangkiti atau pada bahagian pokok kelapa sawit yang cedera atau luka.

Rupa gejala jangkitan ialah cecincin sepusar merah yang banyak terdapat pada keseluruhan batang. Gejala lain yang boleh dilihat termasuklah penghasilan buah yang sedikit, keguguran buah pramatang, kekuningan dan penuaan pelepah serta ‘sindrom daun kecil’ iaitu pertumbuhan pelepah terbantut. Jalur merah mungkin muncul pada tangkai daun dan akar mungkin bertukar daripada jingga menjadi merah pudar dan menjadi kering serta mengelupas.

Gejala boleh berbeza-beza bergantung pada spesies perumah, umur, kultivar dan keadaan persekitaran. Kepelbagaian gejala dan ketidakupayaan untuk mengesan ‘cincin merah’ tanpa memusnahkan tumbuhan menyukarkan pengenalpastian semasa awal jangkitan. Pergerakan setempat nematod berlaku oleh vektor kumbangnya tetapi penyebaran yang lebih luas hanya boleh berlaku melalui pengangkutan biji benih, anak benih dan alat, kenderaan dan haiwan yang tercemar. Transmisi akar ke akar daripada perumah berpenyakit kepada perumah yang sihat telah dicatatkan.

R. cocophilus boleh hidup dalam sabut buah sawit selama 16 minggu, dalam tisu anak benih selama 90 minggu, air tawar selama 7-8 hari dan dalam air laut selama 3 hari.

Taburan

Tersebar meluas di Amerika tropika, dari Mexico melalui Amerika Tengah dan ke Amerika Selatan; Caribbean

Pengesanan dan Pemeriksaan

Gejala luaran mungkin mengambil masa sehingga dua bulan untuk muncul, tetapi tidak didiagnostik sebagai jangkitan R. cocophilus. Gejala yang sama mungkin disebabkan oleh patogen atau faktor lain (cth. kekurangan nutrien atau kerosakan mekanikal). Kerosakan dalaman tisu tumbuhan dapat diperhatikan dalam masa dua hingga tiga minggu selepas jangkitan berlaku. Nematod boleh diekstrak daripada sampel tisu dan diperiksa di bawah mikroskop. Nematod cincin merah biasanya langsing, kira-kira 1 mm panjang tetapi boleh juga didapati dalam keadaan sangat tebal. Vulva terletak satu pertiga daripada panjang badan dari hujung ekor. Stilet bersaiz kecil, 11 hingga 13 μm panjang dan selalunya tidak kelihatan.

Ujian PCR boleh digunakan untuk mengesan kehadiran R. cocophilus. Pencetus hadapan ITS-1/2 BC1F (5′-AAC TAC CGT CTT CCG CTG TCG-3′) dan pencetus primer terbalik BC1R (5′-TTG AGC ACC AAC ACG CCG TCA-3′) adalah mengkhusus kepada spesies dan akan menghasilkan amplikon bersaiz 528 bp.

Prevention and Control

FITOSANITARI

Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Pengarah Pertanian Sabah, dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga dan pengesanan morfologi sebelum memasuki Malaysia. Tumbuhan perumah alternatif yang diimport seperti Acrocomia, Astrocaryum, Attalea, Bactris, Euterpe, Mauritia, Oenocarpus, Roystonea, Cocos, Phoenix, Saccharum dari kawasan yang dijangkiti perlulah dirujuk dengan DOA.

KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITARI

Kawalan terbaik adalah mengawal vektor dengan mengehadkan penyebaran nematod dan penyingkiran awal serta pemusnahan pokok kelapa sawit yang dijangkiti. Rawatan pokok kelapa sawit yang dijangkiti menggunakan racun nematod tidak berkesan; racun nematod tidak dapat menyebar ke seluruh pokok kelapa sawit yang dijangkiti. Tahap penembusan juga cetek dan tidak dapat menyingkirkan nematod yang berada lebih dalam di dalam batang.

Bacaan lanjut

  1. Brammer, A S and Crow, W T (2001). Red Ring Nematode, Bursaphelenchus cocophilus (Cobb) Baujard (Nematoda: Secernentea: Tylenchida: Aphelenchina: Aphelenchoidea: Bursaphelechina) formerly Rhadinaphelenchus cocophilus. IFAS Extension.
  2. CABI Invasive Species Compendium (2015). Rhadinaphelenchus cocophilus. Url: http://www.cabi. org/isc/ datasheet/47035.
  3. FAO (2010). Guide to implementation of phytosanitary standards in forestry. FAO: Rome. 23 pp.
  4. Giblin-Davis, R (undated). Biology and management of palm weevils. University of Florida/IFAS. Url: https:// cisr.ucr.edu/ pdf/giblin-davis, robin-biology_and_ management_of_palm_weevils.pdf.
  5. Pestalert (2013). The Red Ring Nematode, Bursaphelenchus cocophilus (Cobb, 1919) Baujard, 1989 (Nematoda: Ty- lenchida). Url: http:// bugwoodcloud.org/CDN/floridainvasives/red-ringnematode- pest-alert.pdf.
  6. Sullivan, M (2013). CPHST Pest Datasheet for Bursaphelenchus cocophilus. USDA-APHIS-PPQ-CPHST.
  7. USDA-APHIS (2011). Plants for Planting Quarantine Pest Evaluation Data Sheet: Bursaphelenchus cocophilus.

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

Emel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Visitors

SawitSecure

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Hubungi Kami

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor

Emel : sawitsecure@mpob.gov.my
Tel : 603-8769 4400
Faks : 603-8925 9446

SawitSecure © 2023. Hak cipta terpelihara.

Berdasarkan daripada penerbitan ini, tiada bahagian boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Home

Perosak Eksotik

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu