Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

SawitSecure untuk industri Kelapa sawit Malaysia

Aplikasi SawitSecure ini menyediakan prosedur untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya patogen asing dan perosak yang wujud di Malaysia serta meminimumkan kesan pencerobohan perosak.

  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
  • Serangga perosak
  • Mamalia
  • Buku/SOP
  • Perosak
Menu
  • Serangga perosak
  • Mamalia
  • Buku/SOP
  • Perosak

Tikus

Ekologi

Spesies utama tikus yang menyebabkan kerosakan ekonomi adalah:

  • Rattus rattus diardii
  • Rattus tiomanicus
  • Rattus argentiventer
  • Sundamys muelleri

Tikus secara umumnya adalah omnivor yang memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan sepanjang tahun, namun ia juga berkecenderungan untuk menjadi pemakan yang selektif.

Tikus mampu hidup di permukaan tanah, dan di bawah tanah. Tikus tidak memerlukan hutan atau struktur menegak yang kukuh, dan dapat berkembang biak di kawasan semak serta timbunan pelepah.

Peringkat kitaran hayat: Bergantung kepada spesies, proses kehamilan mengambil tempoh 20-22 hari; bercerai susu 21-29 hari; kematangan seksual dicapai dalam masa 2-4 bulan; jangka hayat maksimum kira-kira 2 tahun di hutan, tetapi purata jangka hayat biasanya 1 tahun atau kurang.

Jenis tikus yang terdapat di ladang sawit (Dari kiri ke kanan: Rattus tiomanicus, Rattus rattus, dan Rattus argentiventer)

Penyebab

Lambakan sumber makanan: Buah kelapa sawit, terutamanya buah sawit lerai, merupakan sumber makanan utama tikus.

Kekurangan musuh semulajadi: Bilangan musuh semulajadi yang rendah di ladang boleh menyumbang kepada peningkatan populasi tikus.


Gejala

Tikus merupakan perosak vertebrata utama di ladang sawit di kawasan tanah gambut. Tikus menyebabkan kerosakan pada peringkat tanaman matang dan muda. Pada peringkat tanaman yang matang, tikus memakan buah yang lerai dan buah pada tandan yang sedang membesar. Perosak ini juga mengakibatkan kerosakan pada jambak bunga apabila ia mendapatkan larva kumbang pendebunga sawit sebagai makanan (Elaeidobius kamerunicus). Tanpa pengawalan yang betul, serangan tikus boleh mengakibatkan kerugian sehingga 7-10%.

Bagi kelapa sawit yang belum mencapai kematangan, tikus mengunyah pangkal pokok kelapa sawit dan memakan tisu meristem. Tikus juga menyerang anak pokok kelapa sawit di tapak semaian, menyebabkan anak benih terencat teruk atau mati


Kawalan

Menggunakan burung hantu

Bergantung kepada kesesuaian, penggunaan burung hantu (Tyto alba) sebagai pemangsa bagi kawalan biologi tikus boleh diamalkan. Dalam penggunaan burung hantu untuk kawalan biologi ke atas tikus, kotak sarang disediakan sebanyak 1 unit bagi setiap 5 hingga 10 hektar untuk menggalakkan peningkatan populasi burung hantu. Walau bagaimanapun, pengawalan populasi tikus dalam tempoh jangka masa yang panjang hanya boleh dicapai dengan integrasi kawalan biologi (menggunakan burung hantu) serta kawalan kimia (program pengumpanan) yang efisien, bergantung kepada status bancian semasa tahap populasi tikus di lapangan.

Kawalan kimia

Penggunaan agen kimia (racun tikus) untuk mengurangkan populasi tikus. Racun tikus yang biasa digunakan adalah racun warfarin, chlorophacinone (racun tikus generasi pertama), brodifacoum coumatetralyl dan coumatetralyl (racun tikus generasi kedua).

Banci dan umpan – Sekiranya serangan baru melebihi 5% dari kawasan bancian, program pengumpanan bergantung kepada kadar penerimaan umpan di lapangan. Kadar penerimaan yang tinggi menandakan wujudnya populasi tikus yang tinggi di kawasan tersebut. Umpan hendaklah ditukar setiap 3-5 hari sehingga kadar penerimaan berkurangan sehingga di bawah 20-30%. Program pengumpanan hendaklah dijalankan didalam tempoh selama 2-3 bulan sahaja.

Kempen umpan enam bulan – Hendaklah dijalankan sehingga mencapai 20% kadar penggantian umpan yang menunjukkan penurunan populasi perosak dan tidak perlu melakukan pengumpanan susulan.

Program umpan standard:

  • 1 umpan setiap stesen (pokok kelapa sawit atau jarak 9 m setiap satu)
  • Pantau dan ganti umpan setiap 3-5 hari sehingga kadar penerimaan umpan menurun kepada 20%-30%.

Kawalan kultur dan mekanikal

  • Kultur – sanitasi dan pengurusan ladang
  • Mekanikal – meletakkan penghalang di sekeliling pangkal pokok kelapa sawit muda (kawat berduri atau zink).

Kembali ke atas

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

Emel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Visitors

SawitSecure

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Hubungi Kami

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor

Emel : sawitsecure@mpob.gov.my
Tel : 603-8769 4400
Faks : 603-8925 9446

SawitSecure © 2023. Hak cipta terpelihara.

Berdasarkan daripada penerbitan ini, tiada bahagian boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Home

Perosak Eksotik

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu