Maklumat Am
Pada pokok kelapa sawit matang, penyakit ini jelas kelihatan dalam pelbagai bentuk:
Pada pokok kelapa sawit yang belum matang, daun di tengah umbut akan menjadi kuning atau keperangan. Perubahan warna ini menular ke bahagian bawah daun dan akhirnya pokok kelapa sawit menjadi kering dan mati.
Pada peringkat semaian, pokok kelapa sawit yang dijangkiti menunjukkan daun muda semakin mengecut manakala daun tua menjadi kering dan mati. Gejala ini berlaku disebabkan oleh gabungan tekanan air (disebabkan oleh penyumbatan saluran xilem) dan perubahan pada tahap/aktiviti giberelin tumbuhan.
Secara dalaman, penyakit ini ditunjukkan melalui perubahan warna serta saluran xilem yang tersumbat dengan tilosa dan lekatan. Vaskular yang sihat berwarna krim berubah kepada perang gelap setelah dijangkiti berlaku pada batang pokok sawit, dan boleh merebak secara sistemik ke tangkai daun bagi pokok kelapa sawit yang teruk dijangkiti. Akar tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan walaupun pada pokok sawit yang sangat berpenyakit.
Taburan
Afrika, Amerika Selatan.
Pengesanan dan Pemeriksaan
Penyakit ini didiagnostik berdasarkan perubahan warna perang tisu xilem pada pangkal daun batang pokok kelapa sawit yang teruk dijangkiti. Sentiasa berhati-hati semasa membezakan antara saluran xilem berwarna perang dengan perubahan warna pada tisu sklerenkima berkas vaskular, yang boleh terjadi kepada pokok kelapa sawit tua yang sihat atau selepas serangan Ganoderma atau Armillaria. Sampel batang dapat diperolehi dengan menebang pokok kelapa sawit sebaik-baiknya dengan menggunakan pengorek sampel bagi mengelakkan kerosakan pada keseluruhan sampel pokok kelapa sawit. Sampel boleh diperiksa secara mikroskopik bagi mengenal pasti hifa Fusarium atau oklusi vaskular dengan gel atau disalut pada agar untuk lebih kepastian; patogen juga boleh diasingkan daripada benih dan debunga.
Jangkitan dapat disahkan dengan menstril permukaan sampel dan kemudiannya disadur pada medium selektif Fusarium. Selepas 3-5 hari, miselium F. oxysporum yang pada mulanya muncul dari saluran xilem akan dapat dilihat.
oxysporum boleh didiagnosis dengan lebih cepatberasaskan DNA menggunakan PCR dengan primer berdasarkan gen faktor pemanjangan transkripsi (TEF). Masih terdapat keperluan untuk primer khusus patotip (f. sp. elaeidis).
Pencegahan dan Kawalan
FITOSANITARI
Hampir kesemua kelompok benih mungkin tercemar dengan F. oxysporum. Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Jabatan Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Jabatan Pengarah Pertanian Sabah dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga sebelum memasuki Malaysia. Benih itu boleh dirawat dengan vakum dengan campuran racun kulat carbendazim dan prochloraz – ditadbir di bawah tekanan 15 000 hingga 8000 Pa dengan bantuan agen pembasah cth. Tween 20.
KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITASI
Patogen kekal pada pokok kelapa sawit yang dijangkiti sebelum ini. Insiden penyakit boleh dikurangkan dengan menanam pokok sawit baharu lebih daripada 2m dari tunggul lama. Penggunaan kalium, penyingkiran tanaman penutup bumi dan sisa tumbuhan/juga akan banyak membantu dalam mengurangkan insiden penyakit.
Bacaan lanjut
- CABI CPC (2015). Datasheet on Fusarium oxysporum f.sp. elaeidis. Url: http://www.cabi.org/cpc/
- Chinchilla, C and Guzman, N (2005). No known risk of pests or pathogen introduction through the import of oil palm clones from Costa Rica. ASD Oil Palm Papers (28): 1-4.
- Cooper, R M and Rusli, M H (2014). Threat from Fusarium wilt disease of oil palm to Southeast Asia and suggested control measures. J. Oil Palm Res. 26(2): 109-119.
- Corley, R H V and Tinker, P B (2003). The Oil Palm 4th ed. Blackwell Science Ltd: USA. p. 402-407.
- Flood, J (2006). A review of Fusarium wilt of oil palm caused by Fusarium oxysporum f.sp. elaedis. Phytopathology, 96: 660-662.
- Omamor, I B; Asemota, A O; Eke, C R and Eziashi, E I (2007). Fungal contaminants of the oil palm tissue culture in Nigerian Institute for Oil Palm Research (NIFOR). African J. Agric. Res. 2(10): 534-537.
- Osagie, I J; Ojomo, E E and Maduewesi, A E (2013). Physiological studies on ten isolates of the oil palm pathogen, Fusarium oxysporum f.sp.elaeidis. Nigerian J. Agric., Food & Env. 9(1): 33-39.
- Rusli, M H; Idris, A S and Balia Yusof, Z N (2013). Fusarium vascular infection of oil palm: Epidemiology, molecular diagnostic tools and the potential of Fusarium suppressive soil in Malaysia. J. Environ. Sc. Eng. B2: 578-585.
- Rusli, M H; Idris, A S and Cooper, R M (2015). Evaluation of Malaysian oil palm progenies for susceptibility, resistance or tolerance to Fusarium oxysporum f. sp. elaeidis and defence-related gene expression in roots. Plant Pathology, 64: 638-647.
- Rusli, M H; Idris, A S and Cooper, R M (2016). Evaluation of Malaysian soils for potential suppressiveness of Fusarium wilt of oil palm caused by Fusarium oxysporum f.sp. elaeidis. J. Microb. Biochem. Technol. 8: 459-464.