Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

SawitSecure untuk industri Kelapa sawit Malaysia

Aplikasi SawitSecure ini menyediakan prosedur untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya patogen asing dan perosak yang wujud di Malaysia serta meminimumkan kesan pencerobohan perosak.

  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

Lembaran fakta dan panduan bergambar

Lincus lobuliger

Pentatomid

Maklumat Am

Lincus lobuliger ialah vektor penyakit ‘Marchitez sorpresiva’ Elaeis guineensis Jacq. dan hartrort Cocos nucifera di Brazil. Kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh patogen yang sama iaitu protozoa Phytomonas staheli.

Marchitez sorpresiva atau layu mengejut adalah salah satu penyakit kelapa sawit yang paling biasa di Amerika Latin. Penyakit ini dicirikan oleh reput pada bahagian tengah pokok kelapa sawit. Gejala lain penyakit ini termasuk i) daun tua menjadi perang, daun bawah bergerak ke atas menuju daun yang lebih muda; ii) nekrosis jambak bunga yang baru terbuka, iii) buah muda gugur pramatang. Dedaun umbut juga mungkin terjejas oleh jangkitan bakteria/kulat sekunder. Pokok kelapa sawit sering mati dalam masa 2-3 bulan selepas timbulnya gejala luaran, tetapi ia mungkin berbeza-beza bergantung kepada varieti sawit.

Protozoa P. staheli mendiami tiub tapis kelapa sawit dan pokok kelapa. L. lobuliger dewasa membawa dan memindahkan protozoa semasa makan. L. lobuliger memakan aksil tangkai daun dan menghisap epidermis daun muda berhampiran dengan batang. Mereka tertarik dengan haruman sebatian yang meruap daripada jambak bunga dan membawa mereka kepada pokok kelapa sawit yang baharu. L. lobuliger dewasa adalah fotofobia dan keluar terbang pada waktu malam.

Taburan

Brazil

Pengesanan dan pemeriksaaan

KUMBANG DEWASA

Bersaiz 9.4 hingga 12 mm panjang. Berwarna gelap.

NIMFA
Berpotensi serupa saiz dengan L. lethifer – 2 mm panjang. Ia mempunyai hujung anterior berwarna gelap dan hujung posterior perang dengan tanda gelap di tengah.

TELUR
Ditelurkan dalam kelompok barisan lurus pada tangkai pokok kelapa sawit, di bawah sarung berserat.

Kawalan dan Pencegahan

FITOSANITARI

Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Pengarah Pertanian Sabah, dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga sebelum memasuki Malaysia.

Tumbuhan perumah alternatif/bahan tanaman yang diimport seperti Cocos nucifera dari kawasan yang dijangkiti perlulah dirujuk dengan DOA.

KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITARI

Kawalan kultur dan mengekalkan kebersihan ladang adalah penting dalam mengawal populasi serangga. Pentatomid mencari perlindungan dalam sisa tumbuhan lembap dan dalam rumpai pada waktu siang.

Di Brazil, kawalan kimia menggunakan aplikasi akar monocrotophos hanya berkesan dalam menghapuskan L. lobuliger pada peringkat awal penggunaannya (0-15 hari). Manakala di Malaysia, rawatan dengan acephate melalui suntikan batang boleh digunakan.

Bacaan lanjut

  1. Arango, M; Pineda, B; Martinez, G and Villegas, B (2011). Consideraciones epidemiológicas y etiológicas de la marchitez sorpresiva en palma de aceite en la Zona Norte de Colombia. Palmas, 32(1): 35-44.
  2. Arteaga, E; Wagner, D; Calderon, D; Seager, M and Solberg, S (2010). Pesticides Evaluation Report and Safer Use Action Plan (PERSUAP). ACDI-VOCA & USAID. 82 pp.
  3. De Resende, M L V; Le Borges, R E; Bezerra, J L and De Oliveira, D P (1986). Transmission of Phytomonas wilt to coconut and oil palm plants by Lincus lobuliger Breddin, 1908 (Hemiptera, Pentatomidae): Preliminary studies. Revista Theobroma, 16(3): 149-154.
  4. Howard, F W; Moore, D; Giblin-Davis, R M and Abad, R G (2001). Insects on Palms. CABI: UK. 400 pp.
  5. Mariau, D (2001). The fauna of oil palm and coconut: Insect and mites pests and their natural enemies. La Librairie du CIRAD: France. 264 pp.
  6. Panizzi, A R; Mcpherson, J E; James, D G; Javahery, M and Mcpherson, R M (2000). Stink bugs (Pentatomidae). In Heteroptera of Economic Importance. CRC Press: USA. p. 421-474.
  7. Sgrillo, R B; Moura, J I L and Sgrillo, K R P A (2005). Simulation Model for phytomona Epidemics in Coconut Trees. Neotropical Entomology 34(4): 527-538.

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

Emel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Visitors

SawitSecure

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Hubungi Kami

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor

Emel : sawitsecure@mpob.gov.my
Tel : 603-8769 4400
Faks : 603-8925 9446

SawitSecure © 2023. Hak cipta terpelihara.

Berdasarkan daripada penerbitan ini, tiada bahagian boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Home

Perosak Eksotik

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu