Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Laman Utama
  • Perosak Eksotik
  • Penyakit Ganoderma
  • Penyakit Berpotensi
  • Perosak
  • Rujukan
  • Lapor
Menu
  • Laman Utama
  • Perosak Eksotik
  • Penyakit Ganoderma
  • Penyakit Berpotensi
  • Perosak
  • Rujukan
  • Lapor

Selamat Datang ke SawitSecure 2.0

Ganoderma

Industri kelapa sawit di Malaysia memerlukan pendekatan yang tegas dalam mencari penyelesaian kepada ancaman penyakit Ganoderma.

  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
Facebook Twitter Instagram Youtube

Ganoderma

  • Penyakit Ganoderma
  • Pengenalpastian Patogen
  • Memahami keadaan Kelapa Sawit
  • Pengurusan dan Kawalan Penyakit
  • Produk komersial untuk rawatan pencegahan
  • Perkara yang perlu dielak dalam kawasan Ganoderma?
  • Prosedur Operasi Standard
Menu
  • Penyakit Ganoderma
  • Pengenalpastian Patogen
  • Memahami keadaan Kelapa Sawit
  • Pengurusan dan Kawalan Penyakit
  • Produk komersial untuk rawatan pencegahan
  • Perkara yang perlu dielak dalam kawasan Ganoderma?
  • Prosedur Operasi Standard
Kembali

Ujian kepatogenan

Ujian kepatogenan kulat Ganoderma pada kelapa sawit telah dibangunkan dengan menyuntik secara buatan benih dan bahan klon kepada blok kayu getah yang telah dihuni oleh Ganoderma.

Teknik ini menunjukkan bahawa Ganoderma menembusi ke dalam akar, akhirnya sampai ke pangkal batang dan menyebabkan gejala tipikal BSR, lantaran mengesahkan kehadiran postulat Koch. Kehadiran Ganoderma disahkan menggunakan GSM atau kaedah molekul seperti tindak balas rantai polimerase (PCR).

Terdapat beberapa ujian kepatogenan Ganoderma yang dapat digunakan, iaitu seperti berikut:

1

Teknik sitting blok kayu getah (RWB) terhadap biji benih yang bercambah

Teknik ini menggunakan inokulum Ganoderma yang tumbuh pada RWB yang telah disteril dan kemudian diletakkan di bawah benih yang bercambah yang ditanam di atas tanah yang tidak steril di dalam polibeg.

2

Teknik sitting blok kayu getah (RWB) terhadap anak benih

Teknik ini dilakukan dengan menanam inokulum Ganoderma pada RWB yang telah disteril yang kemudiannya diletakkan di bawah anak benih berumur 3-4 bulan dan ditanam di atas tanah yang tidak steril di dalam polibeg.

3

Teknik inokulasi akar

Teknik ini melibatkan tarikan keluar akar primer melalui torehan yang dibuat pada polibeg yang mengandungi anak pokok kelapa sawit (>10 bulan). Dua akar utama yang kelihatan akan ditarik melalui torehan dan kemudian dibasuh menggunakan air untuk membersihkannya daripada tanah yang melekat.

Sekitar 3-5 cm akar tadi dimasukkan ke dalam RWB yang dihuni dengan inokulum Ganoderma. Pada setiap bulan, parameter luaran berikut direkodkan: kejadian penyakit, indeks keterukan penyakit gejala daun dan kematian anak benih.

Pada akhir eksperimen, persampelan memusnah dilakukan untuk memeriksa gejala dalaman berikut: indeks keterukan penyakit pangkal batang/akar, jangkitan akar dan jangkitan pangkal batang/batang.

Pengenalpastian Patogen

Pengenalpastian Patogen

Pelajari selanjutnya

Ujian kepatogenan

Pelajari selanjutnya

Pengesanan awal Ganoderma

Pelajari selanjutnya

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

E-mel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Home

Penyakit

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu