Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

SawitSecure untuk industri Kelapa sawit Malaysia

Aplikasi SawitSecure ini menyediakan prosedur untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya patogen asing dan perosak yang wujud di Malaysia serta meminimumkan kesan pencerobohan perosak.

  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

Penyakit di tapak semaian

Penyakit bintik daun di tapak semaian

Biologi dan gejala

Merupakan salah satu penyakit yang paling biasa berlaku di tapak semaian. Berlaku tidak lama selepas pemindahan. Gejala bergantung kepada patogen penyebab. Cara penyebaran melalui spora bawaan udara. Lesi primer menghasilkan spora yang merebak melalui hujan lebat atau penyiraman yang berlebihan. Selalunya berlaku di tapak semaian utama dan sebelum ke tapak semaian. Bermula dengan serangan kecil tetapi mampu merebak dengan cepat kepada anak benih di sekeliling. Serangan menjadi teruk dalam keadaan basah atau apabila anak benih dibesarkan di tanah gambut.


Penyebab

Curvularia eragrostidis –Menyerang daun bilah, terdapat bulatan kecil, bintik kuning lut sinar, kelihatan pada kedua-dua belah daun. Bintik-bintik membesar menjadi perang muda dan kemudian membentuk lesi. Seterusnya rupa lesi berubah menjadi elips. Jangkitan teruk pada daun paling bawah dan yang paling tua boleh membunuh anak benih.

Daun yang berbintik perang  bersempadan kuning disebabkan oleh Curvularia spp

Helminthosporium spp.- Menyebabkan lesi bintik perang kecil yang berserakan tetapi tidak akan membesar atau menjadi klorotik. Bintik ini banyak dan bertumpu, terdapat berjarak atau di tengah-tengah daun. Sesetengah lesi menyebabkan reput.

Halodes Drechslera – Menyebabkan bintik hijau kecil, kemudian menjadi kuning terang, dengan halo hijau kekuningan yang luas. Ia kemudian bercampur dengan tisu yang sihat. Bahagian tengah lesi berbintik perang pucat kecil, yang kemudiannya menjadi gelap.

Daun terjejas teruk disebabkan oleh Drechslera spp

Cochliobolus carbonus – Similar symptoms as Drechslera. Attack young leaves and spear, causing tiny yellow spots. Narrow band of tissue around spots becomes cholorotic and necrotic. The cholorotic zone appears as a halo around the infected area.

Gejala yang sama seperti Drechslera. Menyerang daun muda dan daun bilah, menyebabkan bintik kuning kecil. Jalur tisu sempit di sekeliling bintik menjadi klorosis dan nekrosis. Zon klorosis muncul sebagai halo di sekitar kawasan yang dijangkiti.


Kawalan dan Pengurusan Penyakit

Amalan pengurusan yang baik adalah penting untuk mengurangkan kejadian penyakit melalui pengekalan nutrien yang seimbang di dalam tanah, bekalan air yang mencukupi, teduhan optimum, kerosakan dan gangguan yang minimum semasa pemindahan ke tapak semaian. Elakkan anak benih berkeadaan sesak dan menggunakan gambut sebagai medium. Anak benih yang dijangkiti teruk hendaklah dibuang dan dimusnahkan. Kawal pada peringkat awal jangkitan, dengan menggunakan sama ada 0.2% Tiram (80% a.i) atau 0.5% kaptan (50% a.i). Penggunaan hendaklah dibuat pada selang 5-7 hari sehingga keadaan terkawal. Adjuvan perlu sentiasa ditambah.

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

Emel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Visitors

SawitSecure

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Hubungi Kami

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor

Emel : sawitsecure@mpob.gov.my
Tel : 603-8769 4400
Faks : 603-8925 9446

SawitSecure © 2023. Hak cipta terpelihara.

Berdasarkan daripada penerbitan ini, tiada bahagian boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Home

Perosak Eksotik

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu