Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

SawitSecure untuk industri Kelapa sawit Malaysia

Aplikasi SawitSecure ini menyediakan prosedur untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya patogen asing dan perosak yang wujud di Malaysia serta meminimumkan kesan pencerobohan perosak.

  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

Lembaran fakta dan panduan bergambar

Oryctes monoceros

Kumbang badak Afrika, Kumbang kelapa

Maklumat Am

Kerosakan biasanya disebabkan oleh tabiat makan kumbang dewasa. Kumbang dewasa menusuk pangkal pelepah ke kawasan tengah pokok kelapa sawit untuk memakan tunas vegetatif dan daun muda. Daun muda yang rosak akhirnya berhenti membesar dan menghasilkan takik berbentuk V pada pelepah. Pokok kelapa sawit yang diserang teruk pada kawasan tengah akan mati; tidak berdaun walaupun masih tegak.

Kerosakan tabiat makan mampu mengurangkan pengeluaran buah, membunuh kedua-dua anak benih dan sawit muda serta sawit tua dan menghalang penanaman semula. Kumbang mengorek pada kadar 4.2 cm/hari dan akan kekal selama 9 hari di dalam terowongnya. Rumpun daun bilah di tengah tumbuh kira-kira 4 cm/hari semasa musim hujan dan mampu mengimbangi kerosakan. Pada musim kemarau, pertumbuhan daun bilah jauh lebih perlahan dan pokok kelapa sawit pada masa ini lebih terdedah kepada kerosakan. Lubang pengorekan juga menyediakan pintu masuk untuk serangan sekunder yang dapat menyebabkan kematian dan/atau jangkitan oleh kumbang sawit Rhynchophorus (jika ada) atau patogen. Di Ivory Coast (Afrika), kumbang O. boas dewasa (dan juga O. monoceros) telah dilaporkan sebagai pembawa nematod Thelastoma pterygoton.

monoceros membiak dalam timbunan baja, tumbuhan/balak yang mereput dan pada pokok kelapa dan kelapa sawit yang telah mati tetapi masih tegak. Larva dan pupa ditemui di dalam tanah. Populasi berkembang semasa musim kemarau dan berkurangan pada musim hujan. Semua peringkat wujud sepanjang tahun, menyebabkan generasi bertindih.

Ia dicatatkan memakan tanaman komersial lain yang penting dari segi ekonomi seperti kelapa, tebu, pokok kurma, pokok rafia, pokok sisal.

Taburan

Afrika Tengah dan Selatan (wilayah tropika) termasuk Madagascar, Mauritius dan Seychelles

Pengesanan dan Pemeriksaan

KUMBANG DEWASA
Besar, berkilat, berwarna perang kemerahan hingga hitam. Kira-kira 3.5-4.5 cm panjang. Kumbang jantan mempunyai tanduk depan yang besar seperti badak sumbu. Serangga malam dan makan pada waktu malam. Terbang dengan laju. Purata jangka hayat ialah 5 bulan. Kumbang betina bertelur kira-kira 25 biji telur.

PUPA
Gemuk dan berwarna perang, berukuran 4 cm. Hidup dalam serpihan tumbuhan yang reput bersama larva. Tempoh hayat pupa adalah kira-kira 3 minggu. Apabila keluar daripada kepompong, kumbang dewasa akan membina jalan keluar dari tempat pembiakan ke tempat yang terbuka.

LARVA
Ulat putih lembut berkedut berukuran 6 cm panjang. Biasanya ditemui bergulung dalam kedudukan berbentuk C pada bahan tumbuhan yang lembap dan mereput yang juga menjadi makanan larva. Tempoh perkembangan larva adalah kira-kira sebulan dengan tiga instar larva.

TELUR
Bertelur satu persatu dalam timbunan baja atau bahan tumbuhan yang mereput. Berbentuk bujur, berwarna putih kotor dan berukuran kira-kira 3.5-4 mm panjang. Larva menetas selepas

Pencegahan dan Kawalan

FITOSANITARI

Telur sukar dikesan melalui pemeriksaan visual. Hanya larva kumbang yang lebih besar boleh dikesan. Dapatkan germplasma dari kawasan bebas perosak dan pastikan sanitasi daripada peringkat sumber sehinggalah penghantaran. Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Pengarah Pertanian Sabah, dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga sebelum memasuki Malaysia. Tumbuhan perumah alternatif seperti Phoenix dactylifera yang diimport dari kawasan yang dijangkiti perlulah dirujuk dengan DOA.

KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITASI

Seekor kumbang tunggal mampu terbang jauh dan menyerang banyak pokok kelapa sawit semasa hayatnya. Kawalan kultur ialah kaedah yang paling sesuai dilaksanakan. Kaedah yang disyorkan adalah termasuk menanam pokok sawit pada masa yang sama, pada jarak tetap dan rapat untuk mewujukan kanopi dedaun secara berterusan (pokok kelapa sawit yang terasing dan yang tidak sama tinggi lebih terdedah kepada serangan); memotong dan memusnahkan pokok kelapa sawit yang mati; membuang sisa tumbuhan dan membubuh baja pada pangkal pokok kelapa sawit. Kaedah lain melibatkan perangkap feromon, penyingkiran fizikal kumbang dewasa dan membunuh kumbang di dalam lubang pengorekan dengan wayar runcing.

Bacaan lanjut

  1. Bedford, G O (1980). Biology, Ecology, and Control of Palm Rhinoceros Beetles. Ann. Rev. Entomol. 25: 309- 339.
  2. Ukeh, D A; Usua, E J and Umoetok, S B A (2003). Notes on the biology of Oryctes monoceros (Oliv.): A pest of palms in Nigeria. Global J. Agric. Sc., 2(1): 33-36.
  3. Hill, S D (2008). Pests of Crops in Warmer Climates and Their Control. Springer: UK. p. 270 and 272.
  4. Plantwise (2015). Coconut beetle (Oryctes monoceros). Url: http://www.plantwise.org/KnowledgeBank/ Datasheet.aspx?dsid=37973.

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

Emel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Visitors

SawitSecure

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Hubungi Kami

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor

Emel : sawitsecure@mpob.gov.my
Tel : 603-8769 4400
Faks : 603-8925 9446

SawitSecure © 2023. Hak cipta terpelihara.

Berdasarkan daripada penerbitan ini, tiada bahagian boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Home

Perosak Eksotik

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu