Maklumat Am
Kerosakan biasanya berlaku disebabkan oleh tabiat makan kumbang dewasa. Kumbang dewasa mengorek pangkal pelepah terus ke bahagian tengah pokok kelapa sawit untuk memakan tunas vegetatif dan daun muda. Daun muda yang rosak akhirnya berhenti membesar dan menghasilkan takik berbentuk V pada pelepah. Pokok kelapa sawit yang diserang teruk pada bahagian tengah akan mati; tidak berdaun walaupun kekal tegak.
Kerosakan tabiat makan mampu mengurangkan penghasilan buah, membunuh kedua-dua anak benih sawit muda dan tua serta menggagalkan penanaman semula. Lubang pengorekan juga menyediakan pintu masuk bagi serangan sekunder yang boleh membawa kematian dan/atau jangkitan oleh kumbang sawit Rhynchophorus (jika ada) atau patogen. Di Ivory Coast (Afrika), kumbang O. boas dewasa (dan juga O. monoceros) telah dilaporkan sebagai pembawa nematod Thelastoma pterygoton.
Oryctes boas membiak di dalam timbunan baja atau tumbuh-tumbuhan yang mereput tetapi bukan di dalam kayu yang reput. Populasi berkembang semasa musim kemarau dan berkurangan pada musim hujan. Semua peringkat wujud sepanjang tahun, menyebabkan generasi bertindih.
Ia telah direkodkan memakan tanaman komersial lain yang penting dari segi ekonomi seperti kelapa, pisang, tebu, betik, sisal, nanas, keladi dan pokok kurma.
Taburan
Afrika Tengah dan Selatan (kawasan tropika) termasuk Madagascar, Yaman, Arab Saudi.
Pengesanan dan Pemeriksaan
KUMBANG DEWASA
Besar, berkilat, berwarna perang kemerahan hingga hitam. Kira-kira 3.5-4.5 cm panjang. Kumbang jantan mempunyai tanduk depan yang besar seperti badak sumbu. Serangga malam dan makan pada waktu malam. Terbang dengan laju. Purata jangka hayat ialah 6 hingga 12 minggu. Kumbang betina boleh hidup sehingga 16 minggu dan bertelur kira-kira 40-50 biji telur.
PUPA
Gemuk dan berwarna perang, berukuran 4 cm. Hidup dalam sisa tumbuhan yang reput bersama-sama dengan larva. Tempoh pupa adalah kira-kira 3 minggu. Apabila keluar daripada kepompong, kumbang dewasa akan membina jalan keluar dari tempat pembiakan ke tempat yang terbuka. Bahan tumbuhan yang mereput akan dimakan oleh larva. Tempoh perkembangan larva ialah 2 bulan dengan tiga instar larva.
LARVA
Ulat putih lembut berkedut berukuran 6 cm panjang. Biasanya ditemui bergulung dalam kedudukan berbentuk C dalam bahan tumbuhan yang lembap dan mereput yang juga menjadi makanan larva. Tempoh perkembangan larva adalah kira-kira sebulan dengan tiga instar larva.
TELUR
Bertelur satu persatu dalam timbunan baja atau bahan tumbuhan yang mereput. Berbentuk bujur, berwarna putih kotor dan berukuran kira-kira 3.5-4 mm panjang. Larva menetas selepas 10-12 hari.
Prevention and Control
FITOSANITARI
Telur sukar dikesan melalui pemeriksaan visual. Hanya larva kumbang yang lebih besar dapat dikesan. Dapatkan germplasma dari kawasan bebas perosak dan pastikan sanitasi daripada sumber sehinggalah penghantaran. Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Pengarah Pertanian Sabah, dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga sebelum memasuki Malaysia. Tumbuhan perumah alternatif seperti Phoenix dactylifera yang diimport dari kawasan yang dijangkiti perlulah dirujuk dengan DOA.
KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITASI
Seekor kumbang mampu terbang jauh dan menyerang banyak pokok kelapa sawit semasa hayatnya. Kawalan kultur ialah kaedah yang paling sesuai untuk dilaksanakan. Kaedah yang disyorkan termasuklah menanam pokok sawit pada masa yang sama pada jarak tetap dan rapat supaya kanopi dedaun berkembang berterusan (pokok kelapa sawit yang terasing dan yang tidak sama tinggi lebih terdedah kepada serangan); memotong dan memusnahkan pokok kelapa sawit yang mati; membuang sisa tumbuhan dan membubuh baja pada pangkal pokok kelapa sawit. Kaedah lain melibatkan perangkap feromon, penyingkiran fizikal kumbang dewasa dan membunuh kumbang di dalam lubang pengorekan dengan wayar runcing.
Bacaan lanjut
- Appanah, S; Sim, H C and Sankaran, K V (2007). Developing an Asia-Pacific Strategy for Forest Invasive Species: The coconut beetle problem- bridging agriculture and forestry. In: Report of the Asia-Pacific Invasive Species Network Work-Shop. 22-25 February 2005. Ho Chi Minh City, Vietnam. 36 pp.
- Bedford, G O (1980). Biology, Ecology, and Control of Palm Rhinoceros Beetles. Ann. Rev. Entomol., 25: 309- 339.
- Beetle Identification App (Beetles of the World) (2015). Oryctes boas image. Url: http://beetleapp.com/sampleanimal- images/
- CABI CPC (2014). Oryctes boas (rhinoceros beetle). Url: www.cabi.org/cpc/
- EPPO Global Database (2015). Oryctes boas. Url: https:// gd.eppo.int/taxon/ORYCBO/distribution.
- Hill, S D (2008). Pests of Crops in Warmer Climates and Their Control. Springer: UK. p. 270 & 272.
- USDA-APHIS (2014). The Coconut Rhinoceros Beetle. URL: https://www. aphis.usda.gov/wps/portal/aphis/ourfocus/ planthealth?1dmy&urile=wcm%3apath%3a%2 FAPHIS_Content_Library%2FSA_Our_Focus%2FSA_ Plant_Health% 2FSA_Domestic_Pests_And_ Diseases%2FSA_Pests_And_Diseases%2FSA_ Insects%2FSA_Coconut_Rhino_Beetle%2F.
- Van Emden, H (2013). Handbook of Agricultural Entomology. Wiley-Blackwell: UK. 334 pp.