Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Laman Utama
  • Perosak Eksotik
  • Penyakit Ganoderma
  • Penyakit Berpotensi
  • Perosak
  • Rujukan
  • Lapor
Menu
  • Laman Utama
  • Perosak Eksotik
  • Penyakit Ganoderma
  • Penyakit Berpotensi
  • Perosak
  • Rujukan
  • Lapor

Selamat Datang ke SawitSecure 2.0

Ganoderma

Industri kelapa sawit di Malaysia memerlukan pendekatan yang tegas dalam mencari penyelesaian kepada ancaman penyakit Ganoderma.

  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
Facebook Twitter Instagram Youtube

Ganoderma

  • Penyakit Ganoderma
  • Pengenalpastian Patogen
  • Memahami keadaan Kelapa Sawit
  • Pengurusan dan Kawalan Penyakit
  • Produk komersial untuk rawatan pencegahan
  • Perkara yang perlu dielak dalam kawasan Ganoderma?
  • Prosedur Operasi Standard
Menu
  • Penyakit Ganoderma
  • Pengenalpastian Patogen
  • Memahami keadaan Kelapa Sawit
  • Pengurusan dan Kawalan Penyakit
  • Produk komersial untuk rawatan pencegahan
  • Perkara yang perlu dielak dalam kawasan Ganoderma?
  • Prosedur Operasi Standard
Kembali

Penyakit Reput Pangkal Batang (BSR) Pokok Kelapa Sawit

Reput pangkal batang (BSR) dan reput batang atas (USR) yang disebabkan oleh spesies Ganoderma merupakan penyakit yang menyebabkan kemusnahan teruk pada kelapa sawit (Elaeis guineensis Jacq) di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan di Indonesia.

Penyakit BSR diketahui telah melanda kelapa sawit sejak awal tanaman mula diperkenalkan di negara ini.

Dalam tinjauan baru-baru ini, kejadian BSR di ladang-ladang di Malaysia adalah sebanyak 7.4%, bersamaan dengan 221,000 hektar kawasan yang terjejas (daripada 2,985,871.95 ha yang ditinjau); manakala pada pekebun kecil, 9.2% iaitu 3 450.70 ha yang terjejas (daripada 37 359.81 ha yang ditinjau). Kerugian hasil akibat penyakit Ganoderma dianggarkan kira-kira RM 1.5 bilion.

Ancaman Ganoderma terhadap industri kelapa sawit di Malaysia memerlukan pendekatan agresif dalam mencari penyelesaian bagi penyakit ini. Keadaan menjadi lebih kritikal lebih-lebih lagi penanaman semula kelapa sawit generasi kedua yang aktif dijalankan di kawasan yang mempunyai sejarah buruk Ganoderma.

Ladang

7.4%, bersamaan 221 000 hektar kawasan terjejas (daripada 2,985,871.95 ha yang ditinjau)

Pekebun Kecil

9.2% iaitu 3 450.70 ha yang terjejas (daripada 37 359.81 ha yang ditinjau)

Selama bertahun-tahun MPOB membangun dan menyebarkan beberapa teknologi penting yang berkaitan dengan biologi, pengesanan, kawalan dan pengurusan penyakit Ganoderma. Beberapa kawalan dan pengurusan penyakit BSR telah didokumenkan dan sedang dilaksanakan di beberapa ladang kelapa sawit dan kebun kecil di Malaysia.

Sehingga 2021, MPOB telah membangun dan menyebarkan 51 teknologi berkaitan Ganoderma dengan lapan teknologi di bidang biologi; tujuh teknologi tentang pengesanan awal; dan 32 teknologi berkait dengan kawalan dan pengurusan. Kesemua teknologi ini telah disebarkan secara aktif kepada ahli industri kelapa sawit melalui seminar, demonstrasi lapangan dan latihan amali

Perkara yang perlu anda ketahui tentang penyakit BSR

Penyakit BSR

Pengenalan Patogen

Memahami keadaan Kelapa Sawit

Pengurusan dan Kawalan Penyakit

Produk Komersial

Perkara yang perlu dielak dalam kawasan Ganoderma?

Prosedur Operasi Standard

GanoID

Lapor kepada kami

Gejala penyakit BSR

Gejala pertama yang biasa bagi jangkitan Ganoderma spp. adalah sama seperti yang disebabkan oleh keadaan kemarau apabila daun muda tidak terbuka.

Keadaan ini mengakibatkan beberapa daun bilah memanjang sepenuhnya tetapi tidak terbuka seperti yang biasa dilihat di tengah-tengah umbut. Hal ini menunjukkan bahawa batang telah rosak teruk, menyebabkan air tidak dapat diserap. Bagi kelapa sawit tua, pelepah bawah patah, tergantung ke bawah secara menegak dari tempat ia melekat pada batang. Keadaan ini diikuti dengan pelepah muda terkulai, yang bertukar menjadi hijau pucat atau kekuningan dan mula mati dari bahagian hujung. Seluruh bahagian umbut mungkin akan jatuh atau batang kelapa sawit mungkin tumbang.

Gejala penyakit

Pembentukan kandul spora/jasad berbuah

Ketahui selanjutnya.

Gejala daun pada pokok kelapa sawit belum matang

Ketahui selanjutnya.

Gejala daun muda pokok kelapa sawit muda

Ketahui selanjutnya.

Gejala daun pada pokok kelapa sawit matang

Ketahui selanjutnya

Gejala pada pangkal batang

Ketahui selanjutnya.

Pokok kelapa sawit mati

Ketahui selanjutnya.

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

E-mel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Home

Penyakit

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu