Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

SawitSecure untuk industri Kelapa sawit Malaysia

Aplikasi SawitSecure ini menyediakan prosedur untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya patogen asing dan perosak yang wujud di Malaysia serta meminimumkan kesan pencerobohan perosak.

  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

Lembaran fakta dan panduan bergambar

Strain Potyvirus SCMV

Penyakit Cincin Klorotik

Maklumat Am

SCMV ialah virus bawaan benih. Virus ini ialah strain virus mozek tebu (SCMV). Anak benih kelapa sawit (Elaeis guineensis Jacq.) yang dijangkiti mempamerkan belak, jalur-jalur klorotik – kawasan hijau gelap dan klorotik berselang-seli dalam jaluran terputus-putus dan bintik cincin. 

Taburan

Amerika Selatan, India** ** Anak benih kelapa sawit berpenyakit di tapak semaian di Karnataka State India, adalah daripada bahan penanaman yang diimport dari Costa Rica.

Pengesanan dan Pemeriksaan

Gejala menunjukkan jangkitan virus. Pengesanan dan pengenalpastian bagi menentukan virus hanya boleh dicapai melalui mikroskop dan alat diagnostik molekul. Sap daun boleh diperiksa menggunakan mikroskop elektron.

Ekstrak daun hendaklah diwarnakan secara negatif dalam 2% uranil asetat, pH 3.7 sebelum pemerhatian dijalankan. Jika ia wujud, zarah berfilamen lentur lebih kurang 750 nm panjang dapat diperhatikan.

Pemeriksaan sitopatologi juga boleh digunakan untuk mengesan kehadiran virus. Bahagian ultra-nipis daun bergejala akan mendedahkan rangkuman sitoplasma (cth. roda pin, agregat berlamina dan skrol) dalam tisu mesofil, ciri-ciri potyvirus.

Alat diagnostik molekul menggunakan RT-PCR untuk mengesan SCMV menggunakan Oligo 5’-d(T)18(AGC)-3’ sebagai pencetus kebelakang dan 5’- ATGTC(GA) AAGAA(GA)ATGCGCTTGC-3’ sebagai pencetus hadapan. Amplikon untuk SCMV  adalah bersaiz 900 bp dari terminal 3′.

Kawalan dan Pencegahan 

FITOSANITARI SCMV

Boleh disebarkan melalui biji benih (berpotensi juga melalui kultur tisu). Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Jabatan Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Jabatan Pengarah Pertanian Sabah, dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga sebelum memasuki Malaysia. Perumah alternatif yang diimport iaitu Saccharum officinarum, Zea mays, Sorghum bicolor dari kawasan yang dijangkiti perlulah dirujuk dengan DOA.

KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITARI

Pada masa ini tiada rawatan berkesan bagi penyakit cincin klorotik dan kaedah terbaik untuk kawalan jangkitan ialah penyingkiran dan pemusnahan perumah/bahan tumbuhan.

Bacaan lanjut

  1. Corley, R H V and Tinker, P B H (2003). The Oil Palm (4th ed.). Blackwell Science Ltd: USA. 592 pp.
  2. Morales, F J; Lozano, I; Sedano, R; Castano, M and Arroyave, J (2002). Partial Characterization of a Potyvirus Infecting African Oil Palm in South America. J. Phytopathology, 150: 297-301.
  3. Morales, F J; Lozano, I; Castano, M; Arroyave, J; Pene, E; Olaya, C and Martinez, A K (2009). Poster: Detection and diagnosis of viruses infecting African and American oil palms (Elaeis guineensis and E. oleifera). CIAT. URL: www.slideshare.net/CIAT/poster81. FACTSHEET
  4. Reddy, C V; Sreenivasulu, P and Sekhar, G (2011). Duplex-immunocapture-RT-PCR for detection and discrimination of two distinct potyviruses naturally infecting sugarcane (Saccharum spp. hybrid). Indian J. Exp. Biol. 49(10): 68-73.
  5. Rivera, C; Pereira, R; Moreira, L and Chinchilla, C (1996). Detection of Potyvirus-like Particles Associated with Oil Palms (Elaeis guineensis) in Ecuador. Plant Dis. 80: 1301. DOI: 10.1094/PD-80-1301D.
  6. Singh, D and Mathur, S B (1932). Histopathology of seed-borne infections. CRC Press: USA. 296 pp.
  7. Solomon, J J and Babu, M K (1998). Incidence of potyvirus disease in oil palm nursery seedlings. J. Oil Palm Res., 10(1): 52-56.

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

Emel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Visitors

SawitSecure

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Hubungi Kami

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor

Emel : sawitsecure@mpob.gov.my
Tel : 603-8769 4400
Faks : 603-8925 9446

SawitSecure © 2023. Hak cipta terpelihara.

Berdasarkan daripada penerbitan ini, tiada bahagian boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Home

Perosak Eksotik

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu