Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

SawitSecure untuk industri Kelapa sawit Malaysia

Aplikasi SawitSecure ini menyediakan prosedur untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya patogen asing dan perosak yang wujud di Malaysia serta meminimumkan kesan pencerobohan perosak.

  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

Lembaran fakta dan panduan bergambar

Cercospora elaeidis

Bintik daun cercospora, Bintik-bintik pada pokok kelapa sawit

Maklumat Am

Penyakit anak benih semaian kadang-kadang bermula pada peringkat prasemaian dan selalunya berlanjutan hingga ke penanaman ladang, yang mana ia boleh bertahan selama bertahun-tahun.

Daun paling muda anak benih semaian dijangkiti dan bintik-bintik lut sinar kecil yang dikelilingi oleh gelanggang hijau kekuningan membesar dan menjadi perang gelap (≤ 0.5 mm diameter). Konidiofor yang muncul melalui stomata di tengah-tengah bintik, terutamanya pada bahagian bawah daun, menghasilkan konidia yang menjadikan bintik-bintik di sekelilingnya bertambah. Hal Ini mengakibatkan ia kelihatan berbintik-bintik tetapi kemudiannya lesi bergabung (bintik-bintik yang berkembang sepenuhnya berdiameter 3-4 mm, tisu menjadi kering dan menjadi perang kekelabuan serta rapuh. Tisu yang teruk dijangkiti akan mati. Penyakit ini cenderung menjadi agresif semakin daun berusia dan proses itu mungkin berlaku dengan sangat pantas semasa musim hujan. Di Afrika Barat, perkara ini biasanya berlaku pada pertengahan atau penghujung musim hujan dan pada musim kemarau berikutan kematian daun tua  yang dijangkiti Cercospora meningkat.

C.elaeidis mampu mengurangkan hasil lebih daripada 10% dalam tempoh 7 tahun pertama pengeluaran. Malah serangan sederhana boleh mengurangkan kawasan daun hijau dan mungkin menjejaskan pengeluaran tandan awal.

Taburan

Afrika (wilayah Tengah, Timur dan Barat); Australia (Wilayah Utara – direkodkan pada Carpentaria acuminata); Suriname; Thailand.

Pengesanan dan Pemeriksaan

Semasa peringkat awal jangkitan, bintik lut sinar kecil yang dikelilingi oleh gelanggang hijau kekuningan terbentuk dan membesar menjadi bintik perang gelap (diameter ≤ 0.5 mm). Daun yang dijangkiti kelihatan berbintik-bintik. Lesi bergabung membentuk bintik-bintik perang (diameter 3-4 mm) dengan cincin oren pada bahagian luar. Kawasan yang dijangkiti akan kering lalu menjadi perang kekelabuan serta rapuh.

Pemeriksaan terperinci sampel di makmal diperlukan bagi mengesahkan identiti patogen kulat. Konidiofor dalam fascide 2-7, mencapah, tegak, genikulat, pangkal cekang, perang gelap, ekinulat kasar atau halus, berseptum, parut konidial menonjol, 185-250 x 5-7 μm. Konidia obclavate, pangkal kontot, puncak tirus, perang kekuningan, dengan kawasan apikal pucat atau hialin, 0-9-septat, enikulat halus, hilum menebal, 125- 187 x 6-10 μm.

Kawalan dan Pencegahan

FITOSANITARI
Racun kulat seperti benomyl + thiram / Dithane 45 boleh digunakan untuk mengawal kejadian penyakit dan mencuci benih. Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Jabatan Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan) atau Jabatan Pengarah Pertanian Sabah dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga sebelum memasuki Malaysia.

KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITARI

Penyebaran C. elaeidis perlu dikawal di tapak semaian. Kawalan bintik dengan racun kulat (cth. benomyl) adalah lebih berkesan jika dilakukan di tapak semaian. Sebagai alternatif, semua daun kering tua dan daun kelapa sawit lain yang teruk dijangkiti di tapak semaian hendaklah dibuang dengan mencantas dan dimusnahkan. Kawalan racun kulat di lapangan tidak begitu berkesan. Tiada kaedah lain yang terbukti berkesan. Jarak anak benih yang lebih jauh dan teknik yang melibatkan gangguan pemindahan minimum boleh mengurangkan tahap jangkitan di lapangan.

Bacaan lanjut

  1. Cab International (1998). Cercospora elaeidis. CMI Descriptions of Pathogenic Fungi and Bacteria No. 464. Set No. 47, published 1975.
  2. Corley, R H V and Tinker, P B (2003). The Oil Palm 4th ed. Blackwell Science Ltd: UK. 592 pp.
  3. Pornsuriya, C; Sunpapao, A; Srihanant, N; Worapattamasri, K; Kittimorakul, J; Phithakkit, S and Petcharat, V (2013). A survey of diseases and disorders in oil palms of Southern Thailand. Plant Pathology J. 12(4): 169-175.
  4. Holliday, P (1980). Fungus diseases of tropical crops. Cambridge University Press: UK. 69 pp.
  5. Singh, B P (ed.) (2013). Biofuel Crops: Production, Physiology and Genetics. CABI: UK. 397 pp.

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

Emel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Visitors

SawitSecure

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Hubungi Kami

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor

Emel : sawitsecure@mpob.gov.my
Tel : 603-8769 4400
Faks : 603-8925 9446

SawitSecure © 2023. Hak cipta terpelihara.

Berdasarkan daripada penerbitan ini, tiada bahagian boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Home

Perosak Eksotik

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu