Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

SawitSecure untuk industri Kelapa sawit Malaysia

Aplikasi SawitSecure ini menyediakan prosedur untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya patogen asing dan perosak yang wujud di Malaysia serta meminimumkan kesan pencerobohan perosak.

  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

Lembaran fakta dan panduan bergambar

Viroid Kelapa Cadang-cadang (CCCVd)

Cadang-cadang

Maklumat Am

Viroid kelapa cadang-cadang (CCCVd) ialah viroid terkecil yang diketahui. Saiznya berbeza daripada 246 hingga 247 nukleotida semasa peringkat awal jangkitan berubah kepada 296 hingga 297 nukleotida semasa peringkat jangkitan selanjutnya.

Nama cadang-cadang berasal daripada ‘gadan-gadan’ yang bermaksud mati atau nazak. Perkataan ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada kemerosotan buah pramatang dan kematian pokok kelapa di Filipina. Setiap tahun, lebih kurang 500 000 pokok kelapa mati akibat CCCVd di Filipina. Penyakit ini boleh merebak atau terinokulasi secara semula jadi bagi spesies palma lain termasuk kelapa sawit dan herba monokotiledon di Filipina. Didapati bahawa kelapa sawit lebih rentan kepada CCCVd berbanding kelapa.

CCCVd berlaku dalam tisu vaskular dan perumah sel mesofil. Viroid terdapat dalam sabut, embrio buah kelapa sawit dan debunga. Viroid dijangka boleh disebarkan oleh serangga melalui luka bekas makan, tetapi tiada vektor dapat dikenal pasti setakat ini. CCCVd boleh merebak melalui inokulasi mekanikal. Contohnya parang yang tercemar dan alatan lain.

Taburan

CCCVd: Philippines, Solomon Islands.

Pengesanan dan Pemeriksaan

CCCVd
Gejala yang wujud selalunya tidak dapat dipastikan melalui pengesanan CCCVd kerana jangkitan laten. Kehadiran viroid hanya boleh dikesan dan dikenal pasti melalui alat diagnostik molekul.

CCCVd dapat dikesan menggunakan dimensi 1 atau 2 elektroforesis gel poliakrilamid (PAGE). Resolusi optimum CCCVd dan varian jujukannya mampu diperolehi dengan meningkatkan kepekatan poliakrilamid daripada standard 5% kepada 20% di bawah keadaan tidak ternyasli. Jalur asid nukleik divisualisasikan dengan pewarnaan perak nitrat. Ujian PAGE sesuai untuk pengesanan CCCVd pada sampel daun dengan kepekatan CCCVd biasanya melebihi 50 ng dan seterusnya menentukan peringkat jangkitan. Teknik ini lebih sesuai digunakan untuk tinjauan di lapangan dan pemantauan penyakit.

Hibridisasi molekul serap bitnik (Dot-blot hibridisation) ialah kaedah yang lebih sensitif untuk mengesan kehadiran viroid sebelum gejala berkembang. CCCVd diklonkan dan diamplifikasikan dengan tindak balas rantai polimerase (PCR) dan seterusnya klon atau produk PCR ini digunakan sebagai templat untuk sintesis prob komplimentari nukleik asid radioaktif yang dilabelkan.  Ekstrak sampel daun boleh diperiksa pada kepingan nitroselulosa menggunakan prob 325 DNA berlabel. Kehadiran viroid dikesan melalui prob penghibridan spesifiknya. Label radioaktif menyebabkan filem x-ray yang terdedah menjadi gelap, manakala sampel tanpa viroid tidak akan menunjukkan sebarang tanda. Kaedah lain yang diterima untuk mengesan CCCVd ialah tindak balas satu tiub rantai polimerase transkripsi terbalik (RT- PCR). Tiga set pencetus digunakan: pencetus G2-1 untuk RT-PCR dan pencetus G2-1 serta D9-1 untuk PCR konvensional. Tapak pencetus terletak di tengah- tengah kawasan terpelihara dan patogenik CCCVd. Produk PCR kemudiannya divisualisasikan menggunakan gel elektroforesis dan pewarnaan etidium bromida.

Pencegahan dan Kawalan

FITOSANITARI

Viroid CCCVd dapat disebarkan melalui benih atau debunga dan berlaku pada hampir semua bahagian tumbuhan. Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Jabatan Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Jabatan Pengarah Pertanian Sabah, dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga dan didiagnosis molekul sebelum memasuki Malaysia.

Perumah pokok kelapa sawit utama dan alternatif yang diimport iaitu Cocos nucifera dan Corypha elata dari kawasan yang dijangkiti perlulah dirujuk dengan DOA.

KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITASI
Tiada langkah kawalan yang diketahui wujud untuk CCCVd di lapangan.

Bacaan lanjut

  1. CABI Invasive Species Compendium (2014). Datasheet report for coconut cadang-cadang viroid (cadangcadang disease). URL: http://www.cabi.org/isc/ datasheet/13700.
  2. Eppo and CABI (undated). Coconut cadang-cadang viroid. URL: http://www.eppo.int/QUARANTINE/data_ sheets/virus/ CCCVD0_ds.pdf.
  3. Hanold, D and Randles, J W (1991). Coconut cadangcadang disease and its viroid agent. Plant Dis. 75(4): 330-335.
  4. Sullivan, M; Daniells, E and Robinson, A (2012). CPHST Pest Datasheet for coconut cadang-cadang viroid. USDAAPHIS- PPQ-CPHST.
  5. Turner, P D and Gillbanks, A (2003). Oil palm cultivation and management. 2nd ed. The Incorporated Society of Planters: Malaysia. p. 649-651.
  6. Wu, Y H; Cheong, L C; Meon, S; Lau, W H; Kong, L L; Joseph, H and Vadamalai, G (2012). Characterization of coconut cadang-cadang viroid variants from oil palm affected by orange spotting disease in Malaysia. Arch. Virol. 158(6): 1407-1410.
  7. Rodriguez, M J B (2003). Coconut and other palm trees: Viroid diseases. In: Leobenstein, G and Thottappilly, G (eds.) Virus and virus-like diseases of major crops in developing countries. Vol. 1. Springer Science+Business Media BV: Netherlands. p. 573-574.

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

Emel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Visitors

SawitSecure

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Hubungi Kami

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor

Emel : sawitsecure@mpob.gov.my
Tel : 603-8769 4400
Faks : 603-8925 9446

SawitSecure © 2023. Hak cipta terpelihara.

Berdasarkan daripada penerbitan ini, tiada bahagian boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Home

Perosak Eksotik

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu