Skip to content
  • 603-8769 4400
  • sawitsecure@mpob.gov.my
  • English
  • Melayu
  • MPOB Portal
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

SawitSecure untuk industri Kelapa sawit Malaysia

Aplikasi SawitSecure ini menyediakan prosedur untuk mengurangkan kemungkinan terjadinya patogen asing dan perosak yang wujud di Malaysia serta meminimumkan kesan pencerobohan perosak.

  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara
Menu
  • Landing Page
  • Perosak Eksotik
  • Penilaian Risiko Perosak
  • Ancaman Berdasarkan Negara

Bintik Daun Alga

Biologi dan Gejala

Penyakit ini menyerang pokok kelapa sawit yang sudah matang terutamanya di kawasan ladang berhampiran jalan atau kawasan berdebu. Penyakit disebarkan melalui spora alga, yang dibawa sama ada oleh angin atau air hujan. Gejala penyakit boleh dilihat dengan kehadiran alga pelbagai warna pada permukaan atas daun pelepah tua. Biasanya, warna koloni adalah merah keperangan yang tumbuh bertompok-tompok dan akhirnya bercantum menjadi tompokan yang lebih besar. Bentuk koloni adalah bulat dan kadang kala tumbuh memanjang. Apabila koloni ini dikikis, tiada kerosakan berlaku pada daun, tetapi warna daun kelihatan hijau pucat. Perubahan warna ini disebabkan oleh halangan koloni alga yang tidak membenarkan cahaya matahari sampai ke permukaan daun.

Warna permukaan daun perang tua kemerah-merahan. Jika dikikis, tiada kerosakan pada daun tetapi daun kelihatan hijau pucat

Penyebab

Punca utama penyakit ini disebabkan oleh sejenis alga iaitu Cephaleuros sp. Walau bagaimanapun, kajian terbaharu di beberapa tempat di Perak, Johor dan Terengganu menunjukkan tobitnik- bitnik tersebut ialah koloni Phycopeltis sp. Spesies alga ini bukan parasit dan tidak akan menyebabkan kerosakan secara langsung pada tisu tumbuhan.


Kawalan dan Pengurusan Penyakit

Membuang daun sawit yang dijangkiti untuk mengelakkan jangkitan pada pokok yang sihat. Pengudaraan dan cahaya matahari yang mencukupi di ladang perlu dititikberatkan.

Alamat

Lembaga Minyak Sawit Malaysia, 6, Persiaran Institusi,
Bandar Baru bangi,
43000 Kajang, Selangor

Emel

sawitsecure@mpob.gov.my

Hubungi Kami

603-8769 4400

Laporkan kepada kami

Kami bersedia membantu anda menerusi pelbagai saluran komunikasi kami

Visitors
Pelawat: 25
Bulan ini : 1417
Jumlah Pelawat : 27508
Akses Hari ini : 70
Jumlah Akses : 135276

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Visitors

SawitSecure

Kelapa sawit merupakan tanaman komoditi utama bagi Malaysia. Oleh yang demikian penting untuk memastikan kemampanannya dengan meningkatkan hasil serta melindungi tanaman daripada perosak dan penyakit.

Pelaksanaan Pelan Biosekuriti Industri Kelapa Sawit Malaysia akan menjadi langkah pertama kami dalam melindungi dan mencegah perosak, penyakit atau rumpai invasif daripada menular di negara kita sekali gus menjamin masa depan industri kelapa sawit di Malaysia.

Hubungi Kami

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang Selangor

Emel : sawitsecure@mpob.gov.my
Tel : 603-8769 4400
Faks : 603-8925 9446

SawitSecure © 2023. Hak cipta terpelihara.

Berdasarkan daripada penerbitan ini, tiada bahagian boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula, atau dihantar, dalam apa jua bentuk atau dengan sebarang cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Home

Perosak Eksotik

Penyakit Ganoderma

Penyakit Berpotensi

Perosak

  • English
  • Melayu