Prosedur Operasi Standard
Selama bertahun-tahun, MPOB menjalankan penyelidikan dan khidmat nasihat tentang penyakit Ganoderma secara berterusan dan akhirnya beberapa teknologi telah dapat dikomersialkan.
Prosedur operasi standard (SOP) pengurusan penyakit Ganoderma pada kelapa sawit ini adalah berdasarkan amalan standard yang dipersetujui dan dijadikan sebagai panduan untuk ladang menguruskan penyakit Ganoderma kelapa sawit dengan lebih berkesan.
Diharapkan dokumentasi kaedah pengurusan dan kawalan yang dijadikan sebagai prosedur operasi standard (SOP) ini akan menjadi rujukan dan panduan berguna kepada penanam kelapa sawit, pakar patologi, ahli akademik dan pelajar.