Produk komersial untuk rawatan pencegahan
Kawalan dan pengurusan penyakit – Kawasan tanam semula dan sedia ada
MPOB telah memperkenalkan Pengurusan Ganoderma Bersepadu (IGM) yang menggabungkan penggunaan pelbagai racun kulat serta produk-produk kawalan biologi.
Penyelidikan MPOB dalam kawalan biologi untuk penyakit Ganoderma telah membawa kepada pembangunan inovasi, teknik dan formulasi produk baharu menggunakan kulat endofit (biobaja GanoEF), aktinomiset tanah (EMBIO™ actinoPLUS) dan unsur surih (GanoCare™) sebagai antagonis semula jadi terhadap penyakit Ganoderma.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh MPOB, Universiti Putra Malaysia, FELCRA dan beberapa syarikat swasta lain, penggunaan ketiga-tiga produk ini menyumbang secara positif ke arah pencegahan penyakit Ganoderma apabila penggunaannya dapat mengurangkan insiden dan penyebaran penyakit di ladang kelapa sawit, seterusnya mengurangkan potensi kerugian hasil.
Biobaja GanoEF
Penggunaan agen kawalan biologi menyediakan satu lagi peluang bagi pengawalan penyakit Ganoderma.
EMBIOTM actinoPLUS
MPOB dengan kerjasama Pascal Biotech Sdn. Bhd., telah berjaya menghasilkan EMBIO™ actinoPLUS bagi mengawal dan mencegah penyakit Ganoderma.
TrueCare786
Nutrien tumbuhan adalah komponen utama dalam mengawal penyakit bagi banyak tanaman
Trichoshield ®
Penyelidik di MPOB telah mengkaji dan mengembang kulat bermanfaat, iaitu Trichoderma sebagai agen kawalan biologi terhadap Ganoderma.