General Information
Myndus crudus ialah vektor fitoplasma kekuningan maut (LY) (Candidatus Phytoplasma palmae). Kekuningan maut ialah penyakit palma yang sangat merosakkan, menjejaskan sekurang-kurangnya 30 spesies palma (termasuk Elaeis guineensis dan Cocos nucifera).
LY melibatkan fasa tanpa gejala yang berpanjangan. Gejala luaran (cth. keguguran buah pramatang dan nekrosis jambak bunga) mula kelihatan hanya selepas 112 hingga 262 hari dari tarikh jangkitan. Apabila penyakit itu berkembang, jambak bunga yang baharu muncul menunjukkan nekrosis (biasanya di hujung spikelet bunga) dan mungkin berubah warna sepenuhnya. Selepas itu, semua bunga jantan mati dan pokok palma tidak menghasilkan buah. Kekuningan daun bermula selepas nekrosis jambak bunga. Perubahan warna daun berlaku dengan cepat, bermula dengan daun paling bawah, bergerak ke atas hingga ke umbut. Daun yang menguning menjadi perang, kering dan mati. Dalam sesetengah kes, kekuningan daun berlaku pada daun bulir pada bahagian tengah umbut. Pelepah yang terjejas sering tergantung ke bawah selama beberapa hari sebelum gugur. Reput lembik pangkal yang busuk bagi daun bilah yang baharu muncul (daun termuda) berlaku semasa peringkat awal daun menguning. Daun bilah mati, hujung meristem apikal reput dan seluruh dedaun umbut jatuh meninggalkan batang semata-mata. Pokok kelapa sawit yang dijangkiti biasanya mati dalam masa 3 hingga 6 bulan selepas kemunculan gejala pertama. Secara sendirian, M. crudus bukanlah perosak utama dan tidak menyebabkan kerosakan ketara pada pokok perumah sama ada pada peringkat dewasa atau imago.
Taburan
Amerika Utara, Tengah dan Selatan, dan Caribbean.
Pengesanan dan Pemeriksaan
BENAH DEWASA
Betina berukuran 4.3-5.1 mm, manakala jantan lebih kecil sedikit berukuran 4.2-5.1 mm panjang. Kepala dan toraks berwarna jerami, abdomen berwarna hijau muda, sayap depan berwarna hialin dengan urat pucat atau perang muda. Betina mempunyai ovipositor berbentuk kedubang yang menonjol, manakala jantan mempunyai abdomen hijau yang lebih tajam dan terang. Benah dewasa dilihat mendatangi perumah yang berbeza-beza (termasuk palma, rumput dan monokotiledon lain contohnya Pandanus spp. dan Heliconia spp.). Sayapnya hialin dengan urat berwarna perang. Di bawah mikroskop, seta pada sepanjang urat pada sayap dapat diperhatikan. Kebiasaannya mata berwarna jerami pada waktu siang dan berwarna merah manggis pada waktu malam. Benah putih dewasa makan di dalam perumah umbut sawit.
LARVA
Berwarna kelabu hingga sawo matang. Matanya berwarna merah manggis gelap dan tidak bergantung kepada cahaya. Warna bahagian depan kepala, rostrum dan sekeliling mata serta kaki merah samar dan beransur-ansur pada akhirnya menjadi merah terang. Terdapat banyak lubang pada kepala, notum dan abdomen dan lilin nipis bersinar terdapat di atas permukaan. Tibia hadapan rata dan sedikit kembang. Terdapat unjuran seakan gigi pada setiap femur. Panjangnya antara 0.64 mm hingga 2.68 mm. Larva berkembang pada akar rumput.
TELUR
Berwarna putih dan berbentuk gelendong, 0.5-0.6 mm panjang dan 0.15- 0.20 mm lebar dengan tumpul di hujung. Telur diletak secara satu persatu atau dalam barisan sehingga lima biji telur di bawah selaput daun rumput bahagian bawah, 1-2 cm dari kolar akar. Apabila menetas, larva bergerak turun ke permukaan tanah.
Kawalan dan Pencegahan
FITOSANITARI
Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Jabatan Ketua Pengarah Pertanian (DOA) bagi Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Jabatan Pengarah Pertanian. untuk Sabah, dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga sebelum memasuki Malaysia. Tumbuhan perumah alternatif yang diimport seperti Phoenix dactylifera dan palma hiasan lain dari kawasan yang dijangkiti perlulah dirujuk dengan DOA.
KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITARI
Kawalan terbaik penyebaran LY adalah dengan menanam varieti yang tahan (E. oleifera) dan mengehadkan perumah rumput alternatif M. crudus. Kawalan insektisida terhadap vektor/vektor berpotensi (iaitu benah) boleh mengehadkan penyebaran penyakit (tetapi memerlukan penggunaan yang berulang).
Bacaan lanjut
- CABI, C P C (2015). Haplaxius crudus (American palm cixiid). URL: http://www.cabi.org/cpc/datasheet/35465.
- Howard, F W (undated). American Palm Cixiid, Myndus crudus Van Duzee (Insecta: Hemiptera: Auchenorrhyncha: Fulgoroidea: Cixiidae). IFAS Extension. URL: https://edis.ifas.ufl.edu/pdffiles/IN/ IN70400.pdf
- Howard, F W; Giblin-Davis, R; Moore, D and Abad, R (2001). Insects on Palms. CAB International: UK. p. 130- 153.
- Molet, T (2013). CPHST Pest Datasheet for Haplaxius crudus. USDA-APHIS-PPQ- CPHST.