General Information
Leptopharsa gibbicarina makan sepanjang dedaun pada kelapa sawit. Tusukan stilet menyebabkan depigmentasi pada dedaun. Bagi serangan yang teruk, dedaun boleh menjadi putih sepenuhnya. Namun, ini bukan penyebab kerosakan langsung (direct damage) yang paling serius. Kecederaan akibat dimakan oleh pepijat renda memberikan akses pencerobohan kepada patogen kulat, Pestalotiopsis palmarum yang menyebabkan hawar daun kelabu (atau juga dikenali sebagai bintik daun Pestalotiopsis).
Gejala awal bintik daun Pestalotiopsis adalah bintik perang kecil berkembang dengan gelanggang kekuningan. Apabila penyakit itu berkembang, bintik-bintik itu bergabung menjadi kawasan nekrotik perang yang merebak ke seluruh daun. Akhirnya daun menjadi kelabu dan rapuh. Keadaan ini boleh berlaku pada mana-mana peringkat pokok kelapa sawit, tetapi secara amnya berlaku lebih teruk bagi tanaman yang berusia lima tahun ke atas dan boleh menyebabkan penurunan hasil buah yang lebih tinggi (sehingga 36% disebabkan penurunan kapasiti fotosintesis dedaun). Pengurangan hasil tandan sebanyak 18 – 20 t ha-1 dan penyusutan hasil tanaman sehingga 40% akibat penyakit ini telah direkodkan.
Taburan
Colombia
Pengesanan dan Pemeriksaan
PEPIJAT DEWASA
Berukuran kira-kira 2.5 mm panjang dan 1.2 mm lebar. Berwarna putih lut sinar dengan lateral foliaceae luas, carinae dan dorsal lut sinar berkembang dengan baik pada protoraks. Jumlah kitaran hayat berbeza-beza antara 40 dan 73 hari dengan tempoh peringkat pengeraman telur kira-kira 15 hari dengan lima instar nimfa. Panjang hayat kumbang dewasa adalah antara 20 dan 36 hari.
NIMFA
Nimfa baharu yang muncul mempunyai kepala lut sinar putih berkrim dan bermata oren, kemudiannya berubah menjadi gelap kehitaman dan abdomen menjadi hitam.
TELUR
Bebentuk elips, berukuran 0.6 mm panjang, berwarna krim hialin dan menjadi krim legap dengan bintik oren apabila hampir menetas; terletak di dalam perumah atau pada permukaan dedaun, kedua-duanya berhampiran rusuk.
Kawalan dan pencegahan
FITOSANITARI
Telur dan larva muda sukar dikesan melalui pemeriksaan visual. Hanya kumbang dewasa matang dan besar berkemungkinan dapat dikesan. Dapatkan germplasma dari kawasan bebas perosak dan pastikan sanitasi dari sumber kepada penghantaran. Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Pengarah Pertanian Sabah, dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga sebelum memasuki Malaysia. Tumbuhan perumah alternatif yang diimport iaitu Aiphanes sp. dan Bactris sp. dari kawasan yang dijangkiti harus perlulah dirujuk dengan DOA.
KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITARI
Bintik daun paling berkesan dapat dikurangkan melalui kawalan serangga pepijat renda. Rawatan dengan acephete melalui suntikan batang juga boleh digunakan.
Bacaan lanjut
- Escalante, M; Dams, D; Marquez, D; Gelvez, W; Chacon, H; Asdrubal and Moreno, B D (2010). Diagnosis and evaluation of Pestalotiopsis, and insect vectors, in an oil palm plantation at the South of Lake Maracaibo, Venezuela. Bioagro, 22(3): 211-216.
- Froehschner, R C (1976). Description of a new species of lace bug attacking the oil palm in Colombia (Hemiptera: Tingidae). Proc. of the Entomological Society of Washington, 78: 104-107.
- Labarca, M; Sanabria, N and Arcia, A (2006). Pestalotiopsis palmarum Cooke pathogenicity on nursery-oil palm (Elaeis guineensis Jacq.) plants. Rev. Fac. Agron. (LUZ) 23: 414-421.
- Mariau, D (2001). The fauna of oil palm and coconut: Insect and mites pests and their natural enemies. La Librairie du CIRAD: France. 264 pp.
- Schaefer, C W and Panizzi, A R (eds.) (2000). Heteroptera of economic importance. CRC Press: USA. 846 pp.
- Trilleras, C E B T and Pardey, A E B (2014). Biología de la chinche de encaje Leptopharsa gibbicarina y su control con hongos entomopatógenos. Ceniavances No. 180.