Maklumat Am
Lincus lethifer ialah vektor penyakit ‘Marchitez sorpresiva‘ Elaeis guineensis Jacq. dan hartrort Cocos nucifera di Ecuador. Kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh patogen yang sama iaitu protozoa Phytomonas staheli.
Marchitez sorpresiva atau layu mengejut ialah salah satu penyakit kelapa sawit yang paling biasa di Amerika Latin. Penyakit ini dicirikan oleh reput pada bahagian tengah pokok kelapa sawit. Gejala lain penyakit ini termasuk i) daun tua menjadi perang, daun bawah bergerak ke atas menuju daun yang lebih muda; ii) nekrosis jambak bunga yang baru terbuka, iii) buah muda gugur pramatang. Dedaun umbut juga mungkin terjejas oleh jangkitan bakteria/kulat sekunder. Pokok kelapa sawit selalunya mati dalam masa 2-3 bulan selepas timbulnya gejala luaran, tetapi ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada varieti sawit.
Protozoa P. staheli tinggal di dalam tiub tapis kelapa sawit dan pokok kelapa. L. lethifer dewasa membawa dan memindahkan protozoa semasa makan. L. lethifer memakan aksil tangkai daun. L. lethifer menghisap sap epidermis daun muda yang berhampiran dengan batang. Mereka tertarik dengan sebatian aromatik yang meruap dari jambak bunga dan membawa mereka pergi ke pokok kelapa sawit yang baharu. L. lethifer dewasa adalah fotofobia dan keluar terbang pada waktu malam.
Taburan
Ecuador
Pengesanan dan Pemeriksaan
KUMBANG DEWASA
10 mm panjang. Berwarna perang kehitaman dengan bintik kuning pada toraks dan skutelum. Jangka hayat L. lethifer dewasa lebih kurang satu bulan. Kadar oviposisi paling tinggi adalah semasa musim hujan. Jumlah tempoh kitaran hayat ialah 3 hingga 3.5 bulan. Lebih daripada 2 generasi mungkin berlaku setiap tahun.
NIMFA
Berukuran 2 mm panjang. Perkembangan larva berlaku selama 2 bulan dan terdiri daripada 5 instar. Imagos hidup lebih lama sedikit daripada sebulan. Imagos dan nimfa yang tidak matang berkembang bersama-sama.
TELUR
Ditelurkan dalam kumpulan sebanyak 16 hingga 18 barisan lurus pada tangkai kelapa sawit di bawah sarung berserat. Nimfa menetas selepas 7 hingga 9 hari.
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga sebelum memasuki Malaysia. Tumbuhan perumah alternatif yang diimport seperti Astrocaryum spp. dari kawasan yang dijangkiti perlulah dirujuk dengan DOA.
KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITARI
Kawalan kultur dan mengekalkan kebersihan ladang adalah penting dalam mengawal populasi serangga. Pentatomid mencari perlindungan dalam sisa tumbuhan lembap dan dalam rumpai pada waktu siang. Rawatan dengan acephete melalui suntikan batang boleh digunakan bagi mengawal Lincus lethifer.
Bacaan lanjut
- Arango, M; Pineda, B; Martinez, G and Villegas, B (2011). Consideraciones epidemiológicas y etiológicas de la marchitez sorpresiva en palma de aceite en la Zona Norte de Colombia. Palmas, 32(1): 35-44.
- Couturier, G and Kahn, F (1989). Bugs of Lincus spp. Vectors of Marchitez and Hartrot (Oil Palm and Coconut Diseases) on Astrocaryum spp. Amazonian Native Palms. Principes, 33(1): 19-20.
- Howard, F W; Moore, D; Giblin-Davis, R M and Abad, R G (2001). Insects on Palms. CABI: UK. 400 pp.
- Mariau, D (2001). The fauna of oil palm and coconut: Insect and mites pests and their natural enemies. La Librairie du CIRAD: France. 264 pp.
- Panizzi, A R (1997). Wild Hosts of Pentatomids: Ecological Significance and Role in Their Pest Status on Crops. Ann. Rev. Entomol. 42: 99-122.
- Panizzi, A R; Mcpherson, J E; James, D G; Javahery, M and Mcpherson, R M (2000). Stink bugs (Pentatomidae). in Heteroptera of Economic Importance. CRC Press: USA. p. 421- 474.
- Perthuis, B, Desmier De Chenon, R and Merland, E (1985). Revelation of the marchitez sorpresiva vector of the oil palm – the bug Lincus lethifer Dolling (Hemiptera Pentatomidae Discocephalinae). Oléagineux, 40(10): 473-476.