Maklumat Am
Perumah utama penyakit kuning maut (LY) ialah Cocos nucifera. Sekurang-kurangnya 30 spesies pokok lain terdedah kepada penyakit kuning maut dan/atau jenis penyakit kuning yang mematikan. Penyakit LY pada kelapa sawit Afrika (pure E. guineensis stands, nonhybrids) dilaporkan berasal dari Colombia pada tahun 1963. Insiden penyakit pada kelapa sawit komersial hari ini telah berkurangan dengan ketara, kerana bahan penanaman terdiri daripada E. guineensis x E. oleifera hybrid – E. oleifera yang mempunyai daya tahan terhadap penyakit maut ini.
Faktor penyebabnya ialah fitoplasma, sel kecil prokariot tanpa dinding (diameter 142-295 nm dan panjangnya mungkin berbeza-beza dari 1 hingga 16 μm) yang hanya boleh divisualisasikan menggunakan mikroskopi elektron penghantaran. Bagi sawit yang berpenyakit, fitoplasma LY biasanya terdapat dalam tiub tapis floem.
LY melibatkan fasa tanpa gejala yang berpanjangan. Dalam tempoh inkubasi ini, fitoplasma akan mendorong beberapa perubahan metabolik – rangsangan pertumbuhan pokok, yang diikuti dengan penurunan fasa secara beransur-ansur sebelum pertumbuhan menegak berhenti sepenuhnya. Gejala luaran mula kelihatan hanya selepas 112 hingga 262 hari dari tarikh jangkitan.
Gejala awal termasuk: i) keguguran pramatang semua buah (nutfall); buah yang gugur menunjukkan nekrotik reput hujung kelopak perang-hitam; dan ii) nekrosis jambak bunga (berlaku selepas pengguguran). Apabila penyakit itu berlanjutan, jambak bunga yang baharu muncul menunjukkan nekrosis yang lebih meluas (biasanya di hujung spikelet bunga) dan mungkin berlaku perubahan warna sepenuhnya. Selepas itu, semua bunga jantan mati dan pokok kelapa sawit tidak akan dapat menghasilkan buah.
Kekuningan daun bermula apabila dua atau lebih jambak bunga mengalami nekrosis. Perubahan warna daun berlaku dengan cepat, bermula dengan daun tua yang paling bawah, dan merebak hingga ke atas bahagian umbut. Daun yang menguning bertukar menjadi keperangan, mengering dan mati. Dalam sesetengah kes, kekuningan daun berlaku pada satu daun kuning (daun bulir) pada bahagian tengah umbut. Pelepah yang diserang penyakit akan tergantung selama beberapa hari sebelum jatuh. Reput busuk pangkal daun yang baharu muncul (daun termuda) berlaku semasa peringkat awal daun menguning. Daun bilah mati, hujung meristem apikal reput dan seluruh dedaun umbut jatuh sehingga meninggalkan batang yang gondol. Pokok kelapa sawit yang dijangkiti biasanya mati dalam masa 3 hingga 6 bulan selepas kemunculan gejala pertama.
Fitoplasma disebarkan melalui vektor serangga pemakan floem semasa memakan floem. Vektor Ca. Phytoplasma palmae ialah benah Haplaxius (= Myndus) crudus (Cixiid palma Amerika). M. crudus berlaku di Amerika Utara, Tengah dan Selatan dan di rantau Caribbean. Penghisap cecair tumbuhan lain (cth. Haplaxius sp. dan Cedusa sp.) berpotensi menjadi vektor fitoplasma LY. Fitoplasma juga boleh merebak melalui bahan biakan tumbuhan yang dijangkiti.
Taburan
Afrika, Amerika Latin
Pengesanan dan Pemeriksaan
Tiada satu gejala pun yang dapat mendiagnostik LY. Gejala mungkin berbeza-beza bergantung kepada spesies/kultivar sawit. Ia merupakan perkembangan siri gejala yang membezakan LY daripada penyakit lain dengan gejala yang serupa. Pemeriksaan visual untuk gejala LY pada peringkat jangkitan awal tidak dapat dilakukan kerana terdapat tempoh inkubasi tanpa gejala. Sehingga kini, tiada ujian biologi atau serologi untuk pengesanan fitoplasma LY telah berjaya dibangunkan kerana fitoplasma ialah parasit obligat. PCR ialah ujian paling sensitif yang sedia pada masa ini untuk mengesan fitoplasma. Metodologi ini melibatkan penguatan gen rRNA 16S, pencernaan amplikon menggunakan endonukleas AluI, HinfI, TaqI atau Tru9I, dan memeriksa serpihan melalui elektroforesis gel poliakrilamid (PAGE) untuk mengenal pasti kumpulan fitoplasma LY 16SrIV. Pembezaan subkumpulan 16SrIV-A yang bertanggungjawab untuk LY pada pokok kelapa sawit dapat dibuat dengan menggunakan pasangan primer bukan ribosom LYF1/LYR1.
Kawalan dan Pencegahan
FITOSANITARI
Fitoplasma LY disenaraikan sebagai perosak kuarantin A1 oleh EPPO dan perosak kuarantin yang menjadi perhatian tertinggi oleh APPPC, CPPC, IAPSC dan NAPPO.
Bahan germplasma yang diimport (benih, debunga, kultur tisu) mesti disertakan dengan permit import yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Jabatan Ketua Pengarah Pertanian Semenanjung Malaysia (termasuk Labuan), atau Jabatan Pengarah Pertanian Sabah, dan sijil fitosanitari yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari negara pengeksport. Syarat import boleh didapati atas permintaan daripada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Malaysia. Semua konsainan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Jabatan Pertanian sebelum diluluskan oleh pihak kastam. Bahan germplasma yang diimport dari kawasan berisiko tinggi hendaklah dihantar untuk kuarantin di negara ketiga sebelum memasuki Malaysia. Tumbuhan perumah alternatif yang diimport seperti Phoenix dactylifera dan pokok hiasan lain dari kawasan yang dijangkiti perlulah dirujuk dengan DOA.
KAWALAN KULTUR DAN KAEDAH SANITARI
Kawalan terbaik adalah dengan menanam varieti yang tahan. Kawalan insektisid terhadap vektor/vektor berpotensi (iaitu benah putih) mampu mengehadkan penyebaran penyakit.
Rawatan pokok kelapa sawit yang dijangkiti melalui suntikan ke dalam batang oxytetracycline-HCl didapati mampu mengawal gejala kuning maut. Rawatan berkala hendaklah dijalankan pada setiap selang 4 bulan sekali.
Bacaan lanjut
- ABI Invasives Species Compendium (2014). Candidatus Phytoplasma palmae (lethal yellowing of coconut). Url: http://www.cabi.org/isc/datasheet/38647.
- CABI and EPPO (2014). Palm lethal yellowing phytoplasma. URl: http://www.eppo.int/QUARANTINE/ data_sheets/ bacteria/PHYP56_ds.pdf.
- Sullivan, M and Harrison, N (2013). CPHST Pest Datasheet for ‘Candidatus Phytoplasma palmae’ and related strains. USDA-APHIS-PPQ-CPHST. Revised June, 2014.
- Smith, N (2015). Palms and People in the Amazon. Springer International Publishing: Switzerland. 231 pp.